Powered by Blogger.
RSS

Islamic Widget

Wednesday, November 10, 2010

SELAYAKNYA AKU MENCINTAIMU 2

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....


       "Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara, kerana itu perdamaikanlah antara kedua saudaramu itu (yg bertelagah) dan bertaqwalah kamu kpa ALLAH, moga-moga kamu mendapat rahmat". (Al-Hujurat:11) 


        Alangkah indahnya kalau semua manusia di dunia ini saling sayang menyanyangi, xde persengketaan, xde pertumpahan darah....  Ana penah ckp hal ni kat seorng shbt, jawapan dia simple jew.... "kalau mcm tue, baik xyah hidup!" ana gelak dgr jawapan dia...hehe.. tp betul juga... mustahil dlm kehidupan ini semuanya urusan berjalan lancar... pasti ada kesulitan yg kita tempuhi. 
       Ana tertarik dgn satu buku yg bnyk menceritakan ttg cinta, bce 2,3 kali pun x rse bosan... mgkin sbb hati ni dah terikat dgn cinta.. (",). ermm. tp bukan e2 sbnrnya yg ingin ana kongsikan, kalau kita cuba fahami maksud potongan ayat Quran di atas, pasti timbul persoalan knapa berlakunya perpecahan.... mgkin sbb xde prsefahaman , xde ukhwah, xde rasa kasih sayang, xde sifat kemanusiaan n mcm2 lg lah. Sedarkah kita, nak bina persefahaman, nak bina ukhwah, nak bina kasih sayang...... semua itu memerlukan tali pghubung antra hati ke hati... tp sifat kita manusia nie sering lalai dan lupa.... kita lupa ingatkan diri kita, bhwa pemilik segala hatilah yg berkuasa untk mghubungkan setiap hati2 ini.. so... bgmna? xde cara lain melainkan hati kita berhubung dgn ALLAH trlbh dulu, hati kita perlu merasakan ALLAH sntiasa brsama kita.
        Sebenarnya yg menjadi tembok pghalang antra manusia ini adlah perasaan CINTA dlm diri seseorg tlh terhijab. Bila cinta kita kpd ALLAH x serius, sdh tentu cinta2 yg lain juga tidak akn pernah serius.. Ana teringat satu kisah Abdullah Ibn Ubay, seorng yg hidup pd zaman Rasulullah, malah sentiasa dekat dgn Rasulullah, sgt tahu kesungguhan perjuangan Rasulullah. malah Rasulullah sntiasa berbuat baik trhadap Abdullah ibn Ubay ini. Namun adakah Abdullah Ibn Ubay ini berhubung baik dgn Rasulullah??? TIDAK..... sama skali tidak, dia merupakan ketua munafik pd masa itu, dialah yg menyebabkan tentera islam berkurang sebnyk 300 org, dia bnyk menyebarkan fitnah kpd Rasulullah.. 
         Kenapa dia berbuat demikian?? bukankah dia lebih mengenali Rasulullah?? dia jauh mengenali Rasulullah drp kita, tp hatinya tidak ada rasa CINTA. Cinta sejati adalah cinta yg didasari iman kpd ALLAH.  Nah.... mari kita buka hijab yg ada dlm hati kita dan kita semai  dgn perasaan cinta,. Hnya MAHABBATULLAH yg blh menghubungkan hati2 kita agar wujud perasaan kasih dan syg terhadap sesama insan.. SELAYAKNYA KITA MENCINTAINYA.

No comments:

Post a Comment