Powered by Blogger.
RSS

Islamic Widget

Monday, March 28, 2011

Mencari Cinta



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.. 
Alhamdhulillah segala puji hanya milik Allah. Hari ini dan selamanya kita patut bersyukur kepada Allah kerana Allah masih melimpahkan nikmat yang luar biasa kepada kita dengan memperbanyakkan zikir kepadaNYA. Subhanallah- Maha suci Allah. Alhamdhulillah- segala puji bagi Allah. Allahuakbar- Allah Maha Besar... 
         
      Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian, apa perasaan kita jika kita tidak mendapat cinta dari keluarga kita sendiri?, pasti kesedihan sentiasa melanda hati kita. Sebab itu, cinta adalah seperti angin, kita tidak dapat melihatnya tetapi hanya dapat merasai kehadirannya, itu pun kalau hati kita masih ada ruang cahaya untuk benih-benih cinta ini. Terkadang angin bertiup kencang membuatkan kita tidak sedarkan diri, maka kita perlu tahu arah mata angin agar kita tidak tersesat oleh jurang cinta yang membuatkan kita terlena. Cinta hadir saat manusia hadir. Jika manusia wujud sejak seribu tahun yang lalu, maka cinta juga wujud dari seribu tahun yang lalu. Oleh itu kehidupan tidak akan pernah wujud tanpa cinta. Kerana ada cintalah semuanya hidup. Seekor Ayam yang mengeramkan telurnya beberapa hari sampai telur itu menetas juga disebabkan cinta. Si Raja Hutan yang terkenal dengan keganasannya dengan penuh kasih sayang menjaga anaknya sendiri. Ibu kita yang melahirkan, mendidik dan membesarkan kita, hinggakan doanya mengalir untuk kita setiap saat, itu semua kerana cinta... Subhanallah.... Maha Suci Engkau ya Allah......

       "Allah telah menjadikan pada diri setiap manusia rasa cinta dan sayang"
       Cinta adalah fitrah dari Allah, maka keberadaannya pun diatur oleh Allah, jangan sampai cinta yang Allah anugerahkan membuat kita mencari cinta lain selain cinta kepada Allah. Oleh itu, carilah cinta yang hakiki, cinta yang benar-benar bermuara kepada Allah SWT. Pemilik segala cinta yang menghamparkan cintaNYA kepada hati-hati terpilih memberi peringatan di atas kecintaan kita kepada makhluk, kecintaan kita kepada dunia dan seisinya melalui kalamullah... Di mana Allah berfirman yang maksudnya:

    "Dijadikan terasa indah dipandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternakan dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik". [Surah Ali Imran:14]

      Betapa Allah sentiasa mengingatkan kita, di mana kecintaan kita kepada dunia akan membuatkan kita lena dan lalai dari mengingati Allah SWT. Nah!! bermula hari ini, tanamkan dalam diri kita rasa cinta yang setinggi-tingginya kepada Pemilik dan Pemberi rasa cinta.

    Tiga hal yang apabila dicapai maka akan mendapat manisnya iman. Pertama: adalah orang yang lebih mencintai Allah dan Rasulnya daripada yang lain. Kedua: orang yang mencintai dan membenci seseorang kerana Allah. Ketiga: Orang yang benci kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekufuran dan api neraka. [HR BUKHARI]

      Jelaslah bahawa cinta yang sepatutnya dan wajib kita cari adalah cinta kepada Allah, untuk mendapatkan keredhaan dan rahmat Allah. Yakinlah semoga hari ini, esok dan seterusnya kita hidup di alam dunia ini berada dalam liputan cinta dan rahmat Allah SWT. " Ya Allah ampunilah segala dosa hamba Mu ini dan dosa orang-orang yang sentiasa mengharap cinta dari Mu.sebanyak mana pun dosa kami, sedalam apa pun masa lalu kami, segelap mana pun perjalanan hidup kami, moga Engkau ya Allah memberi Nur Hidayah yang tidak putus. Dan pandangilah kami semua dengan pandangan Rahmat Mu, jangan pernah pandang kami dengan Murka Mu ya Allah. Sesungguhnya kami benar-benar insan yang lemah dan mengharap pertolongan dari Mu.

         Semoga rasa kecintaan kita semakin bertambah kepada Allah, dan berjuanglah mengubati segala penyakit hati yang ada dalam diri yang menjadi tembok penghadang dalam meraih cinta Allah SWT..- Aku Musafir Iman.

Sunday, March 20, 2011

Saya Melihat Ianya Satu Dakwah.



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


       Alhamdhulillah Syukur kehadrat Allah SWT yang masih meminjamkan dunia ini kepada makhluknya untuk terus berubudiah kepadaNYA. Jari jemari ini sekali lagi terpanggil untuk menulis sesuatu di ruangan ini. Hari ini, saya berhajat nak mencari satu buku yang boleh dijadikan bahan bacaan untuk bulan ini. Tapi, fikiran ini melencong jauh dan membatalkan niat nak pergi ke kedai buku. Saya singgah di satu tempat di mana ramai pengunjung datang untuk mengambil kesempatan mengunjungi setiap pameran dan jualan yang diadakan terutamanya golongan pelajar lepasan SPM dan STPM. Program yang dianjurkan oleh pihak MARA ini mendapat sambutan yang baik kerana banyak Institut Pengajian Tinggi mengambil bahagian dalam mempromosikan dan membuat pemasaran mengenai IPT itu sendiri termasuk KOLEJ TEKNOLOGI DARULNAIM tempat saya belajar. Masing-masing menawarkan kelebihan yang ada di setiap IPT.. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mendapatkan maklumat sebanyak mungkin dari setiap booth IPT yang saya kunjungi... hampir semua booth IPT yang saya kunjungi mempromosikan kelebihan IPT mereka dari sudut infrastruktur, pinjaman dan lain-lain lagi... Hati kecil ini berbisik di dalam hati, mengatakan KTD is the best in the world. 

          Saya tertarik dengan cara seorang staf KTD yang membuat marketing pada hari itu.. Dia begitu yakin dalam menjelaskan keistimewaan yang ada di KTD ini.. Tanpa ada keraguaan di raut wajahnya, dia memperkenalkan "Program Pembangunan Sahsiah Terpuji" (PESAT) yang dijalankan di KTD kepada pelajar-pelajar mahupun ibu bapa yang hadir sama dalam memeriahkan program ini. YA... "PESAT"..... PESAT inilah yang sentiasa mendorong hati ini dan hati sahabat-sahabat lain untuk terus berjuang membawa seramai mungkin pelajar dari Sabah dan Sarawak merentasi laut china selatan untuk menuntut ilmu di KTD. Wahai sahabat-sahabat sekalian, kami bukan staf di KTD, kami bukan pegawai marketing yang diamanahkan untuk membawa pelajar masuk ke KTD, kami hanya seorang insan yang mendapat tarbiyah di KTD, dan kami yakin dengan tarbiyah yang ada di KTD. Kami yakin, sistem pembelajaran dan pengurusan yang ada di KTD ini boleh mencorak kehidupan seseorang itu ke arah yang lebih bertamadun, bukan saja dari sudut ilmiah yang bakal mereka miliki tapi juga dari sudut pembangunan akhlak yang terpuji disisi ALLAH.

          Jauh di sudut hati ini dan sahabat-sahabat yang ada di Sabah, mempunyai kepentingan peribadi dalam melaksanakan kerja ini. Kami tidak melihat kerja ini satu tugas marketing, Tapi kami melihat ianya SATU DAKWAH dan wajib ke atas kami untuk memikul tanggungjawab ini. Kerana kepentingan kami hanya ada pada ALLAH, dan kami yakin kerja-kerja ini sangat besar impaknya kepada generasi akan datang. Walaupun mereka tidak pernah mengatakannya, tapi saya yakin, sepanjang keberadaan saya bersama mereka, mereka tidak pernah mengeluh melakukan kerja-kerja ini, mereka tidak pernah memperlihatkan rasa keletihan. Bahkan merekalah yang menjadi pembakar semangat kami generasi muda untuk terus berjuang dijalanNYA. Maaf, penulisan ini bukan nak membezakan atau menyinggung mana-mana pihak.. Tapi coretan ini nak memberitahu kepada sahabat-sahabat lain, bahawa ini adalah kerja amal jamai' yang perlu kita pikul bersama. Kerja yang perlu kita yakini hasanah akhiratnya kelak.

       Sedih bila dapat tahu, ada sahabat yang tidak yakin dengan kemampuan yang ada pada KTD untuk membina generasi pewaris yang unggul. Benarlah apa yang dikatakan oleh seorang ustaz kepada saya, "sifat TAHU tidak sama dengan sifat FAHAM" dan ini berlaku pada diri kita. Kita tahu KTD ini sebuah institusi yang mampu mengorak langkah ke satu tahap yang lebih baik dari institusi-institusi lain. Tapi mengapa kita berdiam diri? mengapa kita tidak bangunkan hati kita untuk sama-sama hadir memperkenalkan KTD di mata dunia? Jawapan saya mudah saja...... sebab kita tidak FAHAM..... dan kefahaman itu perlu disusuli dengan KESEDARAN dan kesedaran itu perlu dilengkapi dengan TINDAKAN.- Aku Musafir Iman..

Friday, March 18, 2011

Flashback....



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...


      Segala puja dan puji buat Mu ya Allah, Tuhan semesta alam yang telah memimpin dan membimbing diri ini ke arah kebenaran. Terima kasih ya Allah, di atas segala-galanya, di atas nikmat keislaman dan keimanan, di atas segala kesempatan ruang dan peluang untuk melakukan kebaikan dan kebajikan. Ya Allah sungguh hamba Mu ini tidak berupaya untuk sampai kepada hakikat syukur itu tanpa hidayah dan taufik daripada Mu. Ya Allah tolonglah hamba Mu ini untuk sentiasa mengingati Mu dan mensyukuri segala nikmat Mu serta mengelokkan ibadah kepada Mu ya Rabb. 

       Saat mata ini sayu ingin menutup kelopaknya, hati ini terdetik untuk mencoret sesuatu di laman blog ini. Ntahlah.... kali ini saya nak kongsi sedikit dengan apa yang saya dapat sepanjang permusafiran ini. Pernah tak kamu terfikir tentang sesuatu yang kamu rasakan, kamu adalah orang yang dipilih? terpilih untuk melakukan kebaikan?? Saya pernah merasakannya.... saya bukannya nak bangga atau riak dengan kehadiran perasaan ini, tapi sekadar perkongsian atas nikmat Allah yang patut kita syukuri. Pernah sekali seorang sahabat bertanyakan kepada saya tentang kehidupan hari ini.... dia mengatakan kepada saya, "Akhi.... pernah tak  rasa yang kita ni bertuah terpilih untuk berada di jalan ini?" pada mulanya saya tak faham apa yang dimaksudkan oleh sahabat ini.. saya minta sahabat ini perjelaskan, dia mengatakan " cuba bayangkan, jika kita tidak berada di sini(KTD), adakah kita akan jadi seperti sekarang??.... hati ini tersentuh dengan kata-kata sahabat ini, saya terus membayangkan keadaan diri saya 3 tahun yang lalu, hidup penuh dengan kejahilan, masa yang ada banyak dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Persoalan sahabat ini saya hanya balas dengan senyuman.. Sahabat ini menyambung lagi, "di sini baru kita faham makna hidup, di sini ada tarbiyah, di sini ada orang yang sentiasa mendorong kita untuk melakukan kebaikan..... kalau dulu (di sabah) kita lebih banyak bermain dari menghadiri majlis-majlis ilmu. "

        Fikiran ini terus menerobos memori-memori lama untuk diimbas kembali.. Kalau di sini(KTD) solat terjaga.. tak macam dulu... saya ingat lagi, masa umur dalam lingkungan 10 tahun, masih tak reti nak solat, tak ada seorang pun yang nak ajar, sampailah satu keadaan saya terjumpa buku panduan solat dalam bilik pekerja ayah. Setiap hari saya akan curi-curi masuk ke dalam bilik pekerja untuk mempelajari solat melalui buku itu.. kadang-kadang saya rasa sedih bila ingat memori-memori itu.. dan kekadang pula saya gelak sendiri membanyangkan diri ini sangat jahil pada ketika itu... Di sini juga(KTD), baru saya nampak bertapa pentingnya belajar ilmu agama ,  Pernah timbul rasa cemburu dalam diri kerana melihat sahabat-sahabat saya yang petah berbicara tentang agama. Mereka hebat dalam menyampaikan kuliah-kuliah subuh atau magrib.. mereka dah biasa dengan semua ini, kerana sejak kecil lagi mereka telah didedahkan dengan ilmu agama. Sekali lagi, fikiran ini menangkap satu memori lampau, di mana saya pernah dimarahi oleh seorang ustaz kerana tak boleh membaca tulisan "jawi" yang tertulis di papan hitam, saya balik rumah dalam keadaan malu dan saya merasakan semua ini berpunca dari mak saya, saya meluahkan rasa tidak puas hati terhadap mak, saya  marah  mak kerana tidak memasukkan saya ke sekolah agama. ermmm kesian mak yang tak tahu apa-apa jadi mangsa kemarahan ini.

         Kalau nak diimbas kembali kehidupan hari ini dengan kehidupan lampau, memamg terlalu banyak perbezaan, cukuplah hati ini merasakan bertapa nikmatnya bila terpilih untuk melakukan kebaikan. Seorang pakcik pernah mengatakan kepada saya " kalau kita tidak mahu menerima tanggungjawab mengajak manusia ke arah kebaikan, Allah akan memilih orang lain untuk menggantikan tempat kita". Ya Allah, kedua tapak tangan ini menadah untuk memohon keampunan, kemaafan dan keredhaan dari Mu. Ya Allah diri yang kerdil ini memohon kepada Mu agar diikhlaskan hati ini, dibersihkan niat, dikurniakan ilmu yang bermanfaat, agar bila dijemput pulang nannti dalam Husnul Khatimah.. Ameen...-Aku Musafir Iman.

Thursday, March 10, 2011

Tidak Semudah Yang Kita Sangka..



Assalamualaikum,
      Kali ini sy nak mengajak diri saya dan sahabat yang lain berfikir sejenak, apa  sebenarnya yang kita inginkan dalam berdakwah? mengapa kita perlu berdakwah? bila kita perlu berdakwah?


saya bukanlah manusia yang dibekalkan ilmu yang baik tentang dakwah, tapi saya merasakan ianya perlu ada dalam diri.. Sebab saya yakin dengan janji-janji Allah.


       "Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar. merekalah orang-orang yang beruntung." [Ali-Imran:104]


Ya... inilah matlamat hidup saya.. nak jadi orang yang beruntung.. nak jadi salah seorang yang berstatus khaira ummah.. tidakkah sahabat-sahabat juga inginkannya?


       "Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kerana kamu menyuruh yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik dari mereka. Di antara mereka ada yang  beriman , namun kebanyakannya mereka adalah orang-orang yang fasik".[Ali-Imran:110]


Seorang sahabat pernah meluahkan rasa kecewanya kepada saya berada di jalan dakwah, dia takut jalan-jalan dakwah yang dia nak bina terhenti di tengah jalan.. lalu saya memberi tahu kepadanya, "ruang-ruang dakwah ini sangat luas dan banyak, masuklah dari mana-mana ruang tersebut, janji kita kena yakin dengan pertolongan ALLAH."  Tapi sahabat, kita perlu tahu dan sedar, jalan dakwah ini bukanlah semudah yang kita sangkakan.  Saya teringat pesan seorang ustaz, kita memilih jalan dakwah, jalan yang mengajak manusia ke arah kebaikain bererti kita memilih jalan-jalan keimanan... tapi harus diingat, bila kita memilih jalan keimanan bererti kita secara tidak langsung telah memilih jalan kesukaran...


Nah... dah cukup jelas. kalau kita tahu jalan dakwah itu sukar, mengapa kita tidak bina kekuatan diri dari sekarang? tak perlu tunggu diri itu lengkap baru nak mengajak manusia berbuat kebaikan, sebab manusia ini sifatnya terbatas.. Jangan takut dengan halangan-halangan yang ada di hadapan, tapi yakinlah, Allah ada bersama-sama dengan kita..


       "Katakanlah (Muhammad) inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikuti ku mengajak kamu kepada Allah dengan yakin, Mahasuci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang yang musyrik." [surah Yusuf:108]


Mari sahabat.... kita rapatkan barisan, kita berjalan seiringan untuk sama-sama meneruskan sunnah Rasulullah SAW dalam mengajak manusia ke arah kebenaran.. Kita cuba menangi hati-hati mereka, kita wujudkan satu gerabak dakwah yang tiada putusnya, kita gerakkan gerabak ini dari stesen ke stesen selagi mana wujud penghuni yang bergelar manusia.- Aku Musafi Iman.




    

Tuesday, March 8, 2011

KEM KEPIMPINAN MURID SeRU AL-HILAL

Kem Kepimpinan Murid.
Melihat mereka saya rasa malu.... membayangkan diri pada ketika usia 12 tahun yang sangat2 jahil tentang bab agama, tak macam adik2 ni yang mempunyai sifat kepimpinan yang bagi saya cukup luar biasa. Mulanya rasa, gementar bila disuruh jadi Fasilitator coz sebelum ni, tak pernah jadi fasilitator untuk adik2 yang berusia dibawah 12 tahun. Takut mereka tidak boleh menerimanya. Tapi Alhamdhulillah, kehadiran saya dan sahabat2 yang lain dapat sambutan yang cukup baik di kalangan adik2 ini.

Lagu Tema :
BILAKAH LAGI KITA SEMUA SATU HATI
BILAKAH LAGI KEAMANAN AKAN DIKECAPI
BILAKAH LAGI ISLAM AKAN DIJULANG TINGGI
BANGUNLAH WAHAI UMMAH KITA SATU HATI

MARILAH BERSAMA BERSATU BERJIHAD
MENENTANG KEZALIMAN
OH INSAN SEDARLAH PEMBALASAN TUHAN PASTI AKAN DATANG

MARILAH BERSAMA BERSATU BERJIHAD
MENENTANG KEZALIMAN
OH INSAN SEDARLAH PEMBALASAN TUHAN PASTI AKAN DATANG

JANGAN TAKUT
JANGAN TAKUT BERJUANGLAH UNTUK KEAMANAN

wajah2 peserta kem kepimpinan yang terdiri daripada tahun 4,5 dan 6

Program yang berlangsung 3 hari 2 malam ini banyak mengajar saya erti kepimpinan sebenar.. kepimpinan itu seharusnya mencakupi semua aspek, tak kira dari segi umur atau perbezaan budaya..

semangat dan keceriaan terpancar diwajah mereka ketika menyanyikan lagu tema "SATU HATI"


peserta yang paling muda.




seronok melihat adik2 ini membentangkan hasil kerja mereka


slot kepimpinan yang disampaikan oleh ust. Ali Irfan


"APA YANG PENTING?..... KERJASAMA!!" 
inilah slogan yang menjadi kekuatan kepada peserta kepimpinan ini, mereka tidak jemu untuk melaungkannya.

Semoga bakat kepimpinan yang mereka miliki ini dapat disalurkan dalam menegakkan islam suatu hari nanti.. INSYAALLAH....