Powered by Blogger.
RSS

Islamic Widget

Monday, November 29, 2010

terima kasih sahabat

         Assalamualaikum warahmatullahi wabarahkatuh.... Alhamdhulillah, malam ini ana cukup2 gembira.. Ana xpernah merasakan kegembiraan seperti ini...   Ana xtau nak start dr mana.. ermm.. ana pernah ditegur oleh ustaz ana... kalau anta nak bangga... jangan luahkan kebanggan itu merujuk kepada diri anta... tapi biarlah ia merujuk kpd islam... malam ini menjadi saksi kebanggan ana bernaung di bawah islam.. ana masih berfikir... nak start dari mna... hehehhe.. cam nie lah, apa yg ana nak share kat cni...... "setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya" persahabatan yg lama terjalin adalah xmustahil akan terputus..... tp, beza dgn apa yg ana lalui... ana dapat rasakan kemanisan erti persahabatan yg sebenar..  mgkin inilah yg dikatakan ukhwah islamiah.. Dalam kehidupan seharian, pasti ada cabaran dan dugaan yg kita hadapi, begitu juga dengan ana..... ana terlupa nak jaga hubungan ana dgn shbt2 ana.... mgkin Allah melihat satu jambatan ukhwah   yg kian rapuh.. lalu Allah uji s ana dan shbt dngan persengketaan... ana pendekkan cerita... persengketaan berlaku dalam kalangan sahabat2 ana termasuk ana.... kiteorng ambil keputusan untuk berjumpa... dalam perjumpaan itu, segala rasa ketidakpuashatian dilontarkan, segala perasaan yg dah lama terbuku dalam hati, diluahkan..... masing2 punya pandangan tersendiri.... tp, apa yang membuatkan ana rasa gembira disamping tidak dapat menahan air mata ini, bila sahabat2 ana sedikitpun tidak membantah setiap apa yg dilontarkan oleh sahabat2 yang lain, bahkan dalam perjumpaan itu, setiap sahabat masih boleh memuji sahabat2 yg lain, masih boleh mengingatkan sahabat tentang makna kebersamaan, masih boleh mengingatkan shbat2 tentang tarbiyah, masih boleh mengingatkan sahabt tentang iman dan hala tuju sebenar.... semua ini adalah demi menjaga hubungan bersama... Ana xdapat menahan air mata kegembiraan ini, bila Allah  turunkan ujian adalah semata-mata nak lihat hubungan yg lama terbina ini kmbali kepada sedia kala malah lebih kukuh lagi dr sebelumnya... ana teringat dengan kata2 Saidina ALI.... " selemah-lemah manusia adalah orang yang tidak dapat mencari sahabat, dan orang yang lebih lemah dari itu adalah mereka yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari.." 
Binalah ukhwah yg berlandaskan tarbiyah islamiyah.. dan yang paling penting, jaga hubungan kita dengan ALLAH, insyaAllah ALLAH juga akan menjaga hubungan kita sesama insan... :)             

Friday, November 26, 2010

WAJAH BURUK DUNIA

      Alhamdhulillah segala puji hnya bagi ALLAH Tuhan sekalian alam.. selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda, sahabat2 baginda serta muslimin dan muslimat yg masih berjuang menegakkan Din Allah...
        Dunia oh dunia... hari ini kau begitu popular di kalangan penduduk bumi yg bernama manusia... kau disanjung, dipuji, malah dituruti segala kemahuan mu....PELIK.... tapi... BENAR..Inilah dunia..... Dunia adalah perhiasan yang indah bagi manusia, di sana terdapat kesenangan bagi mereka yang bercita-cita merebutnya. Dunia betul2 jelas menggambarkan dirinya syurga yang menyenangkan di mata manusia. Lihatlah para pemuda/i yang asyik mengunjungi tempat huburan, si hidung belang yang bergaul dengan pelacur, para penyeleweng yang mengaut wang rakyat, pengusaha yang menganiaya buruh, semuanya adalah demi kesenangan dunia. Dunia ini berhias diri. Kelihatan bangunan plaza di mana2, tempat maksiat dirasmikan, judi kasino dibangunkan, pelacuran ibarat menjadi halal, birokrasi yang menyeleweng dibolehkan, sehingga sesiapa shja yg terlibat di dalamnya sukar untuk keluar dari perangkap dunia..
         Hanya mereka yang memiliki keteguhan iman dan tauhid yang mampu bertahan. Dengan bekalan itu mereka dapat menangkis dahsyatnya godaan dunia yang melenakan.. Diceritakan bahawa suatu hari, Nabi Isa bertemu dengan seorang wanita tua yang berwajah sangat buruk. "Akulah dunia," ujar wanita tua buruk itu mengakui keadaannya. " Berapa bilangan suami yang pernah kamu miliki?" tnya Nabi Isa a.s.
         'Tidak terhitung," jawabnya. "Adakah suami kamu meninggal atau menceraikan kamu?" " Tidak jawab wanita tua itu. " Aku membunuh mereka semua." Mendengar penjelasan itu Nabi Isa menyatakan, "Aku hairan, mengapa ada orang yang tahu benar apa yang telah kamu lakukan pada manusia, tetapi mereka masih tetap inginkanmu." Kisah ini jelas menyatakan bahawa dunia adalah fatamorgana  yg melalaikan, namun ramai manusia yang bercita-cita merebutnya dengan apa cara sekalipun. Sebab itu orang yang bertaqwa berupaya tidak "hubbun dunya" mencintai dunia dan terus zuhud dlm hidupnya. Mereka bagai tawanan yang berusaha melepaskan diri dari perangkapnya dan mereka tidak akan bahagia dan aman sehingga mereka bertemu dengan Allah. Berbeza dgn orang2 yang jahil dan kafir, dunia adlah syurga yang dapat memuaskan nafsu mereka.

"Patutkah kami jadikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh itu sama seperti orang-orang yang melakukan kerosakan d muka bumi? Atau patutkah kami jadikan orang-orang yang bertaqwa sama seperti orang-orang yang jahat?" [surah shaad:28]


Ingatkah kita dengan kisah Nabi Hud dengan kaumnya, "Ad"? mereka diberi kenikmatan dunia namun mereka kufur dan bergelumang dengan dosa, lalu Allah turunkan azab yang menyeksa mereka.

" Dan mereka ditimpa laknat(yg tdk putus-putus) dalam dunia ini dan pada hari kiamat. Ketahuilah sesungguhnya kaum Ad itu telah kufur ingkar kepada Tuhan mereka. Ketahuilah! Sesungguhnya kebinasaanlah akhirnya kaum Ad: kaum nabi Hud [surah Hud:60]


        Bagaimana dengan kita? masih terdetik lagikah hati kita untuk menjadi suami kepada wanita tua itu?? huhhh!!  wanita yg membunuh hati dan jiwa kita untk jauh dr rahmat Allah... wanita yg membawa kita kpd azab Allah..  Ana mengajak diri ini dan sahabat2 sekalian, supaya sentiasa muhasabah diri, kerana sesiapa saje di antara kita tidak akan terlepas dari fitnah dunia. "kalau lah dunia ini mempunyai nilai walau sebelah sayap nyamuk, nescaya Allah tidak akan memberi minum seteguk air pun kpd orang kafir".... ingatlah sahabat... "setiap orang mempunyai fitnah dan ujian, dan fitnah terbesar bagi manusia adalah harta dunia".

Monday, November 22, 2010

WANITA YANG MENGGEGARKAN SEJARAH ISLAM

             Salam'alaik... kali ini ana nk kongsi dgn sahabat 2 mengenai satu kisah yg bagi ana cukup popular di kalangan penggemar "CINTA ILAHI". Rasanya ramai dah tahu, kisah ini mgkin dirasakan bosan bg yg selalu membacanya tp sgt penting bg mereka yg langsung tdk tahu akan kisah yg akan ana coretkan ini... Agak2 siapa wanita yg berani menggegarkan islam ini? kisahnya bermula di sini.....
             Pada suatu malam, seorang wanita keluar dari rumahnya dengan membawa obor yang menyala-nyala di tangan kanannya dan sebaldi air di tangan kirinya, Dia pergi mengelilingi kampung menjerit dengan sgt kuat, "wahai manusia, seandainya kamu beribadah pd Allah dan mengharapkan syurga. Maka biarkan syurga itu ku bakar dgn api ini!!! Dan apabila kamu menjahui maksiat olh sbb takut akan neraka. Maka biarkan neraka itu ku siram dgn sebaldi air yg ada ditangan kiri ku!!....
           Siapakah wanita yg berani menjentik kesedaran org disekelilingnya pada masa itu? dan mungkin juga kita..  Siapa lg kalau bukan Rabi'ah Adawiyah... YA.. RABI"AH ADAWIYAH..... kenalkah kita dgn manusia ini? amat malang bg mereka yg belum kenal... dan lg malang bg mereka yg tdk terdetik dlm hatinya untk mengenali wanita ini.. Wanita suci ini yg sepanjang hayatnya mengajar cara beribadah pada Allah dgn tujuan mencintai Allah dengan tulus. Dia adalah seorang sufi yg membawa corak baru dalam penghayatan islam melalui ajaran CINTA... Seluruh ajaran islam dilaksanakan bukan disebabkan perintahNYA agar beroleh syurga atau mendapat azab neraka jika tdk dilaksanakannya... Tapi dia melaksanakan semua perintahNYa dan menjauhi laranganNYA disebabkan cinta yg sebenar-benarnya... malah dia selalu menangis dan menitiskan air mata ketika solat kerana rasa rindu dan cintanya kpd Pemilik langit dan bumi....
           Dengarkan kata2 rabiatul adawiyah yg terbentuk dalam alunan puisinya.....

ya tuhanku!
tenggelamkan aku dalam mencintaiMU
sehingga tiada suatu pun yg dapat memalingkan aku dariMU
kekasihku tdk menyamai kekasih lain biar bagaimana pun
tiada selain DIA dalam hatiku mempunyai tempay mana pun
kekasihku ghaib drpd pglihatanku dan peribadiku sekali pun
akan tetapi, DIA tdk pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun
aku mencintaiMU
oh, Tuhan tercinta
dengan cinta yang penuh kesenangan
kerana engkaulah yang layak untuk dicintai
adapun cinta Hawa
maka aku sibuk mengingatiMU daripada yg lain
ku harap KAU bukan tabir untukku
sehingga aku dapat memandangMu
maka ujian yg ini dan itu bukan untukku
melainkan hanya untukMU...

Bagi Rabi'ah Adawiyah, bukan cinta apabila penghambaan manusia ada ganjarannya. Juga bukan cinta, apabila ibadah manusia memiliki tujuan duniawi....TAKBIRR!!

Sunday, November 21, 2010

KEHIDUPAN DUNIA INI BEGITU SINGKAT

         
  Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud:
         " Bagiku berada di dunia ibarat seorang yg berjalan di tengah panas lalu singgah sebentar berteduh di bawah sepohon kayu yg rendang, selepas beristirehat seketika untk mghilangkan penat, maka beredarlah dia meninggalkan pohon rendang itu dan meneruskan perjalanan." 

         Hadis Rasulullah ini adlh suatu peringatan terhadap manusia, bhwa kesempatan yg diberikan kpd manusia hidup di dunia ini, bukanlah untk kekal buat selama-lamanya. Sebaliknya dunia hanyalah tmpt persinggahan untk membuat persiapan, mencari bekalan bagi menghadapi suatu penghidupan yg abadi di akhirat kelak. Saudara seakidah yg dikasihi sekalian, jika kita lihat dunia hari ini, amat malang dan sedih sekali, begitu ramai manusia yg cintakan dunia, sekiranya dibenarkan, sdh pasti mereka tidak inginkan kematian, lbh2 lg mempersoalkan bab mati dan hari pembalasan.. benarlah apa yg dikatakan olh Rasulullah, akan datang suatu kaum nnt yg cintakan dunia dan takutkan mati.  Sedarkah kah kita setiap yg bernyawa pasti ada tempohnya... begitu juga dgn  setiap sel yg ada dlm tubuh kita, ALLAH ciptakan ianya dgn satu penggera masa yg sdh ditetapkan waktunya, Sebaik shja tiba masanya, seluruh aktiviti biologi terhenti serta merta. 
     
        Sahabat yg ana sayangi....... meskipun kehidupan di dunia ini diibaratkan singgah sebentar sekadar berteduh di bawah pohon, namun ia amat beerti bg seorang musafir yg berjalan jauh ketika hari panas. Mereka pasti mengambil kesempatan dan peluang untk berehat serta makan dan minum untuk memulihkan tenaga fizikal dan dapat juga melakukan amal ibadah untuk kekuatan dan bekalan rohaninya.  Bagaimana dgn kita??  adakah kita juga tergolong seperti seorang musafir ini..?  ermmm.. kita tahu kematian itu pasti, dan bila2 masa sja ia dtg menjemput... Sayangnya ramai yg lupa sehingga menganggap dirinya hidup selamanya.. Lupa kah kita dgn ayat ALLAH yg bermaksud "setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati"....   Sahabat.... cuba "check" hati kita, hidup lg kah hati kita.....? 


         zikrul maut  adalah salah satu dari usha untk menghidupkan semula hati. Dengan kata lain, org yg jarang mengingati mati, keras hatinya dan lebih mesra dgn maksiat krna mereka lalai dengan kesenangan dunia.. begitulah halnya dengan org yg hatinya hidup. Walau maksiat berleluasa di sekelililngnya, bahkan terkadang digoda ke arah itu, dia tdk leka dalam maksiat. Namun, apabila sahaja hati sudah mati, sedikit godaan dengan mudah akan menenggelamkan ia ke dalam maksiat.. Pernahkah sahabat mendengar kisah2 para mujahidin afghanistan? mujahidin palastine? ALLAHUAKBAR........ mereka sama sekali tdk gentar walaupun peluru beterbangan sekeliling mereka ibarat nyamuk.. Adakah mereka tidak takut?? mereka sebenarnya yakin setiap peluru itu ada tempat jatuhnya, mereka yakin dunia ini hnya sementara, mereka yakin janji Allah itu pasti dan mereka yakin Allah pasti membeli nyawa mereka dengan ganjaran SYURGA...


         Sahabat...., boleh dikatakan, setiap hari kita mendengar ada shaja kematian yg berlaku..kadangkala.... kematian yg berlaku ini sedikit pun tidak menyentuh hati kita, MENGAPA sampai berlaku demikian? Sedangkan Rasulullah SAW pernah berkata, "Bahawa orang yang paling cerdik itu bukannya yg paling cerdas akalnya, hebat gelarannya ataupun banyak ilmunya. Orang yang paling cerdik adalah orang yang paling banyak mengingati mati dan mempersiapkan dirinya untuk itu."  Oleh itu, tdk perlu takut berpisah dgn dunia krana kematian hnya perpisahan sementara, jangan risau mengenai kematian, TAPI risaulah, adakah  bekalan kita sudahcukup untuk menemuiNYA? Ingatlah, tiada jaminan hari esok itu milik kita. Mungkin antara celah-celah mimpi kita, malaikat datang menjenguk..


            Demikianlah hakikat dunia dan kehidupan kita yg sementara, begitu beruntung bagi mereka yg bersungguh-sungguh menjadikan tujuan hidupnya hnya untuk ALLAH, kerana mereka sedar hnya kepada ALLAH sebaik-baik tempat untuk kembali setelah kehidupan di dunia ini... Aku musafir iman.....

Thursday, November 18, 2010

MERINTIS JALAN MENUJU ALLAH

              Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. pernahkah kita terfikir untk dekat dengan seseorg?? apa tindakan kita pd masa itu?? ana yakin, mesti perasaan ingin mengenalinya hadir terlebih dulu. Begitu juga dgn Cinta ALLAH... bila kita ingin dapatkan cinta Allah, sdh pasti kita ingin mengenali Allah dgn lbh mendalam lg.
                
              "Subhanallah, sesungguhnya Allah itu begitu dekat. Bahkan lbh dekat dr uart leher kita sndri. Namun tabir hati kerap dipalit jelaga2 dan kotoran2 yg menyelaputi pusat kepimpinan dalam diri kita, iaitu cahaya Ilahi. Akibatnya, kita tdk berasa dkt dgn Allah sama skali."


            Dalam usha mendekatkan diri kpd Allah, langkah utama yg perlu dilaksanakan adlh berusaha sdya upaya mgkin bg mengenal Allah. Mengenal Allah adlh mutiara yg begitu berharga dlm hidup ini. Kita perlu sedar keindahan cinta yg paling hakiki adlh semasa kita mencintai Allah. oleh sbb itu, tiang utama yg perlu dibangunkan olh seorg muslim adalah dgn makrifatullah(mengenal Allah). Orang2 yg sentiasa berusaha mengenali Allah, jaraknya dgn Allah hnya dipisah olh tabir yg kian menipis. Bagi org yg dekat dgn Allah, mrka dianugerahi rukyah shdidiqah iaitu pandangan hati yg benar.
             Makrifatullah adlh pengarah yg meluruskan orientasi hidup seorg muslim. Dia hidup bukan untk sesiapa, melainkan untk Allah semata2. Makrifatullah penting dlm memantapkan peribadi seseorg bg berubah kearah kebaikan. Dengan kata lain, perubahan drastik yg hakiki itu blh terjadi apabila seseorg  mmpnyai keyakinan jiwa yg kuat terpaut dgn khaliq(pencipta). Dengan kekuatan iman, seorg pengecut mampu berubah menjadi berani dan seorg pemalas menjadi bersemangat. oleh itu sesiapa yg ingin perubahan positif yg cepat dlm dirinya, kuncinya adlh keyakinan yg teguh dengan ALLAH. Dalam sebuah hadis Qudsi spt yg diceritakan olh Bukhari, Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu HIbban dan al-Hakim. ALLAH menjelaskan  yg bermaksud, "Aku bersama hambaKu selama dia mengingatiku dan selama mana kedua-dua bibirnya msh bergerak menyebut namaKU."
             Oleh itu, penampilan utama dalam meraih TAQQARUB iaitu perasaan dekatnya dengan ALLAH adlh dgn mencari jalan menuju redhaNYA. segala aktiviti atau amalan yg kita lakukan mesti tertuju kpd redha Allah.. Hnya insan yg betul2 mgharap petunjuk dr Allah akan beroleh kebaikan dan ganjaranNYA. moga kita tergolong dlm kalangan org2 yg sentiasa mgharap keredhaan Allah dan menjadi hamba yg besyukur atas segala nikmat yg diberi...

Tuesday, November 16, 2010

Kelebihan menunaikan tuntutan rukun islam yang ke 5

            Salam'alaik, segala puji bg ALLAH yg  masih memberi kita ruang dan peluang untk menikmati saki baki kehidupan yg ada. moga dgn masa yg ada ini, kita masih mampu memperbanyakkan amal ibadah kita sbg bekalan menuju negeri akhirat.  Salam aidiladha..... pagi 10 Zulhijjah bersamaan 17 November 2011, Allah masih mempertemukan kita dgn salah satu lg hari kebesaran umat islam yakni HARI RAYA IDULFITRI. Biasanya setiap kali musim perayaan, ana menyambutnya bersama keluarga, tp kali ini Allah izin dan atur, ana beraya di negeri org.. Ana yakin aturan Allah ini adlh yg terbaik buat diri ana.
 Buat sahabat2 yg xdpt blk beraya, la tahzan, ini adlah slh satu corak kehidupan yg Allah dah susun, dan penyusunan Allah ini adlah yg terbaik buat diri shbt2. Sbg hamba Allah, selayaknya kita brprasangka baik kepada.NYA. Bila sebut sje Aidiladha atau raya haji, ana mesti teringat rukun islam yg ke 5. Beruntungnya mereka yg dapat menjejaki kaki ke tanah suci Makkah al mukarramah. Bukan mudah untk ke sana, dan mereka yg ke sna adalah pilihan Allah, dan mereka juga digelar tetamu Allah.. Mari shbt, kita pasang niat dan tanamkan azam, bila kita dah mampu nnt, kita juga akan ke sana dgn izin Allah..
       Ana masih xdapat bayangkan betapa beruntungnya mereka yg dipilih untk menunaikan haji, bila ana bce tentang kelebihan menunaikan haji ini, hati ana rse teringin sgt sgt nak ke sana... moga suatu hari nnt, Allah memilih hati ini untk menyahut panggilan Baitullah... ameen..



Antara kelebihan menunaikan Ibadah Haji:
(i)      Mendapat Ganjaran Haji Mabrur.
  • Orang yang menunaikan ibadat haji dengan sempurna akan mendapat haji mabrurSabda Rasulullah saw yang bermaksud:  
"Di antara satu umrah kepada satu umrah yang lain adalah penghapus dosa antara keduanya dan tidak balasan bagi haji mabrur melainkan syurga". (Riwayat Bukhari dan Muslim) 
(ii)      Jihad Yang Paling Utama.
  • Mengerjakan haji merupakan jihad yang paling utama bagi menundukkan nafsu. Pahalanya sangat besar di sisi Allah swt sebagaimana yang terdapat dalam hadis berikut yang bermaksud:
"Daripada Aishah r.a katanya: Aku bertanya, Wahai Rasulullah saw, kami berpendapat jihad adalah amalan yang paling utama, mengapakah kami tidak diberi peluang berjihad? Jawab baginda Rasulullah saw. Bagi kamu terdapat jihad yang lebih utama (bagi menundukkan hawa nafsu) iaitu haji mabrur". (Riwayat al-Nasa’iy) 
(iii)      Bersih Seperti Bayi Yang Baru Dilahirkan
  • Orang yang mengerjakan haji tanpa cacat cela serta mengikut segala syarat, rukun, wajib dan adab haji, akan bersih dari segala dosanya sama seperti bayi yang baru dilahirkan. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: 
"Sesiapa mengerjakan haji dan tidak melakukan rafath (iaitu larangan bercampur dengan isteri termasuk juga segala yang menimbulkan nafsu berahi, sama ada dengan perbuatan atau perkataan) dan fusuq (iaitu larangan maksiat pula termasuk segala yang dilarang dalam masa mengerjakan Haji seperti berburu dan lain-lainnya) keadaan dirinya bersih seperti bayi yang baru dilahirkan ibunya". (Riwayat Bukhari dan Muslim) 
(iv)      Menjadi Tetamu Agong Kepada Allah swt.
  • Orang yang mengerjakan haji di Tanah Suci merupakan tetamu Agong kepada Allah swt dan mendapat kemuliaan daripada-Nya. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Orang yang mengerjakan haji dan umrah adalah tetamu Agong kepada Allah swt, sekiranya mereka berdoa kepada-Nya nescaya Allah swt perkenankan doa mereka, sekiranya mereka memohon keampunan-Nya nescaya Allah swt ampunkan mereka". (Riwayat al-Nasa’iy dan Ibnu Majah)  
(v)      Didoakan Keampunan Oleh Rasulullah saw
  • Rasulullah saw mendoakan keampunan dosa bagi mereka yang mengerjakan haji, sebagaimana doa Rasulullah saw:
"Ya Allah, ampunnilah (dosa-dosa) orang yang menunaikan haji dan (dosa-dosa) orang yang di pohon oleh orang yang mengerjakan haji".(Riwayat al- Baihaqi)

Monday, November 15, 2010

fadhilat&peristiwa penting dalam bulan zulhijjah

Ramai dari kita yang telah maklum kelebihan 10 Malam-malam terakhir Ramadhan. Tetapi adakah ramai dikalangan umat kita yang maklum kelebihan 10 Hari-hari Pertama dalam bulan Zulhijjah?



Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah.


Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).
Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).
Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda, “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.
Amalan yang dianjurkan padanya
1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi s.a.w.: “Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga”.

2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis qudsi, “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”. Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.

3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)”.

4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.

5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut. Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi ia lebih disukai oleh Allah dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).

6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.

7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya, dan di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban. Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya, (Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya). Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.

9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya. Sepatutnyalah kita mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini. Ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan. Janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan maksiat, kesombongan, pertengkaran dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan kebaikan yang dikerjakannya sebelum itu.

10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.
Di sebalik bulan Zulhijjah yang terkenal dengan bulan haji, ia juga mencatatkan beberapa peristiwa di dalam diari sejarah pembinaan dan perjuangan umat Islam. Ia menjadi nadi dan titik-tolak kepada pengukuhan akidah dan pemantapan sahsiah serta kekuatan ukhwah ummat di dalam meneruskan perjuangan Baginda s.a.w.

Antara peristiwa tersebut adalah:

1. Nabi Muhammad s.a.w membawa dagangan Khadijah ke negeri Syam, di sana baginda diberitahu tentang kenabiannya oleh pendita Nasthurah. Ia berlaku pada tahun kelima sebelum pelantikan baginda menjadi nabi.
2. Peristiwa Baiah Al-Aqabah (perjanjian setia Al Aqabah) pada tahun ke-13 selepas pelantikan baginda menjadi nabi. Ia disertai oleh 73 orang lelaki dan 2 orang perempuan dari kaum Aus dan Khazraj.
3. Peperangan As Sawiq pada tahun kedua Hijrah,Nabi s.a.w keluar mengekori kumpulan Abu Sya’ban yang menceroboh dan memerangi penduduk pinggir kota Madinah. Semasa melarikan diri mereka mencampakkan guni-guni gandum yang dibawa bagi mempercepatkan perjalanan supaya tidak dapat diekori oleh baginda.
4. Pada 7 Zulhijjah tahun kelima Hijrah satu kumpulan tentera Islam dihantar ke perkampungan Bani Sulaim yang diketuai oleh Ibnu Abi Al ‘Arjak.
5. Kelahiran Ibrahim putera Nabi s.a.w pada tahun kelapan Hijrah, ibunya bernama Mariyah Al Qibtiyah.
6. Pada tahun ke-10 Hijrah, Nabi s.a.w mengerjakan ibadah Haji yang dikenali dengan Hajjatul Wada’. Di sana baginda menyampaikan amanat-amanatnya yang kesemuanya adalah peraturan dan aturcara kehidupan di dalam Islam.
7. Abu Bakar As Siddiq mengerjakan ibadah Haji bersama umat Islam selepas kewafatan Nabi s.a.w pada tahun 12 Hijrah.
8. Peperangan Dathin yang dipimpin oleh Umamah Al Bahiliy menentang tentera Rom, berakhir dengan kemenangan tentera Islam.
9. Kemenangan tentera Islam yang diketuai oleh Yazid bin Abi Sya’ban menentang tentera Rom yang dikepalai oleh Sarjius di dalam pertempuran Wadi ‘Arabah di Palestin.
10. Pada tahun 23 Hijrah, Khalifah Umar Al Khattab meninggal dunia dibunuh oleh Abu Lu’luah Al Majusi.
11. Pelantikan Uthman bin ‘Affan sebagai khalifah yang dipilih sebulat suara oleh sebuah majlis Syura yang ditubuhkan oleh Umar Al Khattab sebelum kematiannya.
12. Pelantikan Ali bin Abi Talib sebagai khalifah menggantikan Uthman bin Affan pada tahun 35 Hijrah.
13. Kematian Yahya bin Aktham seorang ulama dan panglima tentera Islam pada tahun 242 Hijrah di Rabdah, sebuah kota di pinggir Madinah semasa berusia 82 tahun, pernah menjadi hakim kota Basrah, kadi besar dan penasihat kerajaan

Ikhlas dan haramnya riyak

            Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan drp Umar r.a, dia berkata:" aku prnah mndgr Rasulullah SAW bersabda yg maksudnya: 


"sesungguhnya semua amalan perbuatan adlh dinilai mengikut niat dan setiap org dinilai dgn niatnya. Sesiapa yg berhijrah kpd Allah dan RasulNYA, maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kpd ALLAH dan RasulNYA. Sesiapa berhijrah untk mndptkan dunia atau wanita untk dikahwininya, maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu."


           Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya golongan manusia yg prtama akn diadili pd hari kiamat kelak ialah:


1) Orang yg mati syahid pada zahirnya. Orang trsbut dibicarakan lalu diperlihatkan kpdnya kenikmatan yg bakal diterimanya dan dia pun melihatnya. Akan ttp, lalu dia ditanya: ' apa yg telah engkau lakukan? Dia menjawab:' aku tlh berperang krna MU shngga trbunuh sbg syahid. 'ALLAH berfirman yg bermaksud: Engkau berdusta. Yg sbnrnya engkau brperang dgn niat spya engkau disebut sbg pahlawan dan engkau tlh pun mendapatkannya.' Seterusnya ALLAH memerintahkan kpd Malaikat spya org itu diheret pd mukanya shngga akhirnya dia dihumbankan ke dlm NERAKA.


2) Orng yg mempelajari ilmu islam dan mengajarkannya kpd org lain dan selalu membaca al-Quran. Orang ini pun lalu dibicarakan, lalu diperlihatkan kpdnya kenikmatan yg akan diterimanya dan dia pun melihatnya. Akan ttp, lalu dia ditanya:' Apa yg tlh engkau lakukan?. Dia menjawab:' Aku tlh mempelajri ilmu islam dan mengajarkannya kpd org lain dan slalu membaca al-Quran krna MU, Allah SWT berfirman yg bermaksud:: engkau berdusta. Yg sbnrnya engkau mempelajarinya spya engkau disebut sebagai qari dan engkau pun tlh mndapatkan semua itu. Lalu ALLAH memerintahkan Malaikat agar org tersebut diheret pada mukanya sehingga akhirnya dia dicampakkan ke dalam neraka.


3) Orng yg diberi kekayaan yg melimpah olh ALLAH. yg digunakan untk slalu bersedekah. Orang ini pun lalu dibicarakan, lalu diperlihatkan kpdanya kenikmatan yg bakal diterimanya dan dia pun melihatnya. akan tetapi, lalu dia ditanya: 'Apa yg tlh engkau lakukan dgn hartamu? Dia menjawab: Tiada satu kesempatan pun yg didalamnya engkau suka agar seseorg mengeluarkan sedekah padanya, melainkan aku bersedkah di dalamnya krna MU.' ALLAH berfirman:' engkau berdusta. Yg sebenarnya, engkau mengeluarkan sedekah tersebut dgn niat agar engkau dikatakan sbg seorg yg dermawan dan engkau pun tlh mndapatkan gelaran itu.' Seterusnya ALLAH memerintahkan kpd Malaikat agar org tersebut diheret pd mukanya shngga akhirnya dia dihumbankan kedalam NERAKA".


moga ALLAH sentiasa mengikhlaskan hati kita dlm berbuat suatu perkara agar ia dikira sbg amal kebajikan.....



Sunday, November 14, 2010

TARBIYAH BUKANLAH SEGALA-GALANYA, TP SEGALA-GALANYA DAPAT DIRAIH MELALUI TARBIYAH

                Alhamdhulillah, hari ini Allah izin ana dapat hadir Pesat Umum.. Ana nk kongsi sedikit apa yg ana dapat melalui pesat td.. Bg mereka2 yg xtau apa itu PESAT...... PESAT adalah singkatan bg PEMBANGUNAN SAHSIAH TERPUJI. lbh mudah lg adalah penyampaian tazkirah atau majlis ilmu.. Kalau student KTD mmg dah cukup ta'aruf ttg Pesat ni..

         "APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM" inilah tajuk yg dipilih oleh ust.Ali Irfan.. tajuk nie dipetik dr sebuah buku yg ditulis oleh Allahyarham ust. Fathi Yakan. Penyampaian td mmg cukup berkesan bg ana.. coz bnyk menyentuh kehidupan bg seorng muslim. Ana dengar mukaddimah Pesat ni pun dah rse tersentuh.. 

   "majlis2 ilmu nie adlah Raudahtul Jannah (taman2 syurga). inilah sebenarnya taman syurga yg ada di dunia... dan keberadaan kita dlm majlis ilmu nie adlh mukaddimah untk kita menjejaki syurga Allah di akhirat kelak. "  dan rugilah bg mereka yg xrebut peluang ini.. Kita sentiasa impikan syurga Allah, nak kan syurga Allah... tp bila ada majlis2 ilmu, kaki terasa berat untk hadir dlm majlis2 ilmu tue....  cuba kita tnya diri kita sndri, layakkah kita mengimpikan SYURGA ALLAH?? kalau taman2 syurga yg ada di muka bumi ini pun, kita malas untk menghadirkan diri..
       kadang2 kita ego dgn ilmu yg kita ada.... Kita rasa dah cukup.... xperlu nk hadir majlis2 ilmu... kita merasakan dgn membaca buku dah cukup.... TP KITA SILAP...., ana yakin dan percaya menghadirkan diri dlm majlis ilmu ni bnyk keberkatan dan kelebihannya.. contoh paling mudah, solat scra berjemaah lbh bnyk kelebihannya berbanding solat bersendirian.. Dlm hal mcm nie.. kita kne ingat, xsemestinya first tarbiyah yg kita dapat menjamin iman kita kekal dlm diri... sbb tue, tarbiyah perlu dibangun dr semasa ke semasa terutamanya TARBIYAH DZATIYAH...
           
         Berbalik kpd penyampaian PESAT td, " Saya mestilah menjadi seorang muslim dr sudut AKHLAK" ini merupakan salah satu part dr tajuk APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM. Ana sempat take note beberapa isi2 pntg dlm Pesat td.. Makna Akhlak adalah "BUDI PEKERTI" menurut iman al Ghazali, akhlak ini terbahagi kpd 2.. first AKHLAK MAHMUDAH yakni akhlak yg terpuji.... second AKHLAK MAZMUMAH yakni akhlak yg terkeji. Dr pengertian ini ana rse semua dah fhm apa yg dimaksudkan dgn akhlak.. Tp..... bgmna untk membentuk akhlak seorng muslim?? Apa sifat2 yg perlu ada dlm diri seorang muslim??

                             1) Seseorang itu mestilah Wara'...... wara' ini blh diertikan berjaga-jaga atau sedar. iatiu memelihara diri drp
                                  perkara2 syubhah.. erm..... syubhah tu apa??? syubhah adalah perkara yg diragui..
                 
                             2) Seseorang itu mestilah menundukkan pandangannya, yakni memelihara dan tidak melihat perkara2 yg 
                                  haram. " katakanlah kpd laki-laki yg beriman, agar mereka menjaga pandangannya[An-Nur:30]
                                  -pandangan itu adalah salah satu dr panahan iblis. 
                                  Janji Allah kpd mereka yg menjaga pndangannya adlh mereka akan diberi nikmat khusyuk dalam solat.
                                
                             3) Seseorang itu mestilah memelihara lidah. dlm konteks ini, memelihara dr percakapan yg tidak baik,kotor,
                                 keji, mengumpat,atau yg melalaikan. Siapa yg suka muhasabah dirinya. InsyaALLAH dia akan 
                                 dapat menjaga lidahnya dr mengeluarkan perkataan yg tdk baik.

Sebenarnya banyk lg sifat2 yg perlu ada pd dri seorg muslim... ana rse kalau yg 3 sifat ini kita miliki dan kita jaga, insyaALLAH, kita akan rasa kuat untk bermujahadah... ermmm, nk jaga iman kita di zaman ni, adalah amat sukar, sebab itu kita perlu mujahadah yg kuat. Nak dapat mujahadah yg kuat, salah satunya wujudkan sifat2 seorng muslim dlm diri.. Nk dapat sifat2 seorng muslim?? xde lain, melainkan ringankan kaki dan hati untk sama2 hadir ke majlis2 ilmu.. :) majlis2 ilmu adalah jalan2 tarbiyah dan merupakan sunnah Rasulullah SAW.. INGATLAH!! Tarbiyah bukanlah segala2nya, tp segala2nya dapat diraih melalui tarbiyah...  




SIAPA YANG MULIA DI SISI ALLAH??

Dalam sebuah riwayat hadith... dikisahkan...

..ketika itu Nabi Muhammad SAW sdg duduk bersama para sahabat diantaranya Saidina Umar, Osman, Ali, Abu Bakar dan lainnya... lalu kemudian baginda bertanya pada para sahabat..

"wahai sahabatku, tahukah kalian, siapakah hamba Allah yg mulia di sisi Nya..."

para sahabat terdiam.. lalu kemudian salah seorang sahabat mengatakan...
"para malaikat ya Rasulullah.. merekalah yg mulia.."

Baginda berkata, "ya para malaikat itu mulia... kerAna mereka dekat dgn Allah... mereka sentiasa bertasbih dan beribadah kepada Allah...sudah tentu malaikat mulia, tapi... bukan itu yg ku maksudkan.."

lalu kemudian para sahabat kembali terdiam...
tiba2 seorang sahabat pula berkata... '" tentulah para Nabi itu mulia ya Rasulullah..."

Nabi Muhammad tersenyum dan berkata, "ya, para Nabi itu mulia... mereka adalah utusan dari Allah.. sudah tentu mereka mulia... tapi ada lagi yg lainnya.."

para sahabat terdiam lagi.... lalu bertanya, "siapa lagi yg mulia???"
lalu seorang lagi sahabat bertanya, "apakah kami sahabatmu ya Rasulullah yg mulia itu..?"

Baginda memandang wajah sahabat satu persatu dgn penuh kasih syg... baginda tersenyum melihat mereka.. lalu berkata, "tentulah kalian mulia.. kalian dekat dgnku malah kalain membantu perjuanganku, bagaimana mungkin kalian tidak mulia.. tentulah kalian mulia... tapi.. ada lagi lain yg mulia..."

para sahabat terdiam semuanya... mereka xmampu berkata apa2 lagi..

lalu.. bayangkan, tiba2 Baginda Nabi Muhammad SAW merundukkan wajahnya,
bayangkan tiba2 Nabi Muhammad SAW menangis dihadapan para sahabatnya..

penuh sayu para sahabat pun tertanya, "kenapa kau menangis ya Rasulullah.."

lalu bayangkan Baginda mengangkat wajahnya kelihatan air mata yg berlinangan membasahi pipi dan janggut Baginda dan berkata...

"wahai saudaraku sahabatku, tahukah kalian siapa yg mulia itu?"

"mereka adalah manusia2 yg akan lahir lama selepas wafatku nanti..."

"mereka terlalu mencintai Allah dan tahukah kalian, mereka xpernah memandangku.. mereka xpernah melihat wajahku, mereka hidup tidak dekat denganku sebagaimana kalian.."

"tetapi mereka begitu rindu kepadaku..."

dengan penuh kasih syg Baginda berkata...
"dan.. saksikanlah wahai sahabtku semua... AKU PUN RINDU KEPADA MEREKA...."

"dan mereka, mereka yg mulia itu......."

"merekalah........ UMATKU............"

bayangkan pada saat itu Baginda menitiskan air matanya semua sahabat menangis..

** Disini tolong nyatakan siapa yg dirindui Baginda, siapa yg selalu di doakan oleh Baginda setiap waktu???

Demi ALLAH, sekarang tolong tanya pada diri kita semua, pejamkan mata dan tanya pada hatimu teman2ku.. SUDAHKAH KAU SUDAH MENCINTAI NABI MUHAMMAD SAW..??

RENUNG KEMBALI SIAPA YG KAMU SYG SEBELUM INI...... DUNIAMU??? ATAU KEKASIHMU????

ADAKAH KITA SUDAH LUPA PADA PENGORBANAN BAGINDA..??? ADAKAH KITA LALAI TERHADAP BAGINDA....?? KITA MELEBIHKAN DUNIA DAN KEKASIH KITA BERBANDING BAGINDA... SUBHANALLAH...

TANYA PADA DIRI KALIAN SEMULA... SUDAH BERAPA LAMA KITA LALAI HIDUP DI DUNIA INI..:'(

JIKA KITA UMATNYA TOLONG TANYA PADA DIRI SENDIRI... SUDAHKAH KITA MENCINTAI NABI MUHAMMAD SAW..?? SUDAHKAH ADA AIR MATA YG BERLINANG KERANA RINDU KITA KEPADA BAGINDA..??

Maka mulai saat ini, waktu ini.. kita hadirkan rasa CINTA kepada NABI MUHAMMAD SAW... semoga kelak di hari akhirat kita akan mendapat SYAFAAT Baginda....

Allahumma Solli Ala Muhammad....

Friday, November 12, 2010

cukuplah kematian menjadi pengajaran buatmu.


       Alhamdhulillah, segala puji bg ALLAH, ana msh dipinjamkn nikmat hidup.. moga nikmat ini ana dpt gunakan sebaik yg mgkin. Malam td, tepat pukul 12 ana dikejutkan dgn 1 panggilan tlfn drp pihak HEP. ana diminta sgera dtg ke bilik HEP. Dlm prjalanan 2, ana trtnye2... apa agaknya HEP nak smpaikan??? ni, mst maslah budak SABAH lg.. setiap kali ana dpt pggilan HEP, mst cter mslh adik2 Sabah.. pertanyaan demi pertanyaan bermain difikiran nie.... Astaghfirullah... ana tgur diri ini... xspatutnya ana fikir benda -ve.. ana kena brprasangka baik....  
        Ana melangkah masuk bilik HEP dgn seribu prtnyaan..x smpat ana duduk.. " maaflah mengganggu enta mlm2 ni... enta tau x ptg td sorang pelajar sabah ....siswi...... ayah dia tlh kmbali kerahmatullah.." , kaki ana jd kaku.. ana terdiam seketika, ana mcm xpcya.. bru beberapa hari yg lps seorng siswi pljr sbh, dikejutkan dgn berita yg sama.. dan terpaksa berkejar ke ap0t untk beli tiket flight.. dan mlm 2 ana difhmkn, pelajar 2 nekad nk balik kmpung.. xde cra lain, ana minta pihak pengurusan tlng settle kan pembelian tiket flight adik 2.. Pagi td ana dimaklumkan adik 2 sdg menunggu d LCCT untk flight seterusnya ke TAWAU..  ana hnya mampu berdoa agar adik 2 tabah dlm melalui semua ujian ini, lbh2 lg exam dah dekat.. moga dia kuat menerima ketetapan ALLAH ini. dan moga roh arwah dicucuri rahmat.
         " setiap yg bernyawa pasti akan merasakan MATI" (Ali-Imran:185) ana ingatkan diri ana sndri dan shbt... kematian itu adlah pasti, dan hnya menunggu masa dan ketika sje..  

“… Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi amat Meliputi PengetahuanNya” [Luqman 31: 34]

Ana teringat dengan satu kata2.. "kalau kamu ingin meminta nasihat, cukuplah kematian menjadi pengajaran buatmu" "org yg bijaksana itu adlh mereka yg slalu mengingati mati"... bagaimana pula dgn diri kita? dah cukup kah persiapan untk kita mghadapi mati? moga kesedaran ini menjadi titik tolak untk kita memperbanyakkan amal ibadah dan meraih redha ALLAH.. dan semoga kita ditempatkan dlm kalangan org2 yg beriman.. AMEEN..