Powered by Blogger.
RSS

Islamic Widget

Friday, December 24, 2010

Lebih Baik Dari Old Trafford.....

     Assalamualaikum warahmatullahi wabarahkatuh......

           Hari ni xtau nak buat apa, exam dah hbs, flight nak blk kampung lambat lg...hhuhu.... Ermmm kali ni, nak kongsi sikit pengalaman ana bermain bola di "Old Trafford" mesti ramai yang tau kan tempat ni?? terutamanya peminat bolak sepak MANCHESTER UNITED (MU)...... tp sorry lah.... ana bukan peminat MU.....ana LIVERPOOL.... You'll never walk alone...... hehehhe... pernah dengar tak nama pemain bola Man United "musafir iman"? alaa.... yg lincah 2..... sebelum wujudnya Cristiano Ronaldo... xpernah dengar?? sah lah korang nie bukan peminat bola sepak..hihiihi...
        xde r... ana gurau jew.... ana bukanlah pemain bola sepak man united, bukan juga pemain bola sepak malaysia... tp ana juz peminat bola sepak.. :)  sembang pasal tajuk kat atas tue.... mesti ramai peminat MU yg nak tahu apa sebenarnya yg ana nk kongsikan......   Kalaulah Ferguson (pengurus MU) mengatakan "siapa yang nak berlatih bermain bola sepak  di Old Trafford secara percuma ?"  agak2lah.... ramai x yg nak main??
confirm lah ramai kan....  kalau setakat nak main tue boleh lah.... tp, nak jadi pemain MU payah sikit mesti bnyk latihan dan persiapan yang rapi.... ramai yg bercita-cita ingin jadi pemain MU suatu hari nnt termasuk pemain bola sepak Malaysia... kesiannnnnn...... sangat2 kesiannnnn kalau rakyat Malaysia nak jd pemain MU.... persiapan xcukup....  bayangkan saja... masyarakat di England mghantar anak2 mereka ke akademi bola seawal usia 4 tahun dan berlatih selama 10 tahun baru blh jadi pemain bintang.... yang kita nie???? hajat nak bermain di tempat world class tp latihan mcm xserius sgt... 2-3 tahun pun dah cukup.... sedey2....... nak jadi pemain bintang usaha pun perlu melangit sampai ke bintang... baru lah di katakan profesional......
         Macam 2lah jugak dgn kehidupan kita..... kata nak masuk Syurga.. tapi amalan yg dilakukan xnmpak pun serius nak masuk Syurga... dunia masih di agung2kan.... semua sibuk dengan dunianya sendiri... ermmm, ana teringat kata2 mas'ul ana ... "kalaulah bukan kerana Rasulullah menyuruh kita agar sentiasa berdoa supaya diberikan syurga, ana malu untuk meminta syurga, kerana amalan yg dilakukan masih kurang, rasa xlayak..."
Kalaulah Ferguson pengurus MU td menawarkan untuk bermain di stadium Old Trafford kita dah rse teruja.. ni kan pula tawaran Allah SWT kpd hambanya yakni SYURGA yg keindahan xdapat digambarkan oleh manusia... Tp malang sekali, ramai di antara kita yg xnak sahut tawaran Allah.. hati mereka dah penuh dgn karat2 jahilliah... apa sgtlah old trafford itu jika dibandingkan dengan syurga Allah.....

                      "Wahai orang-orang yang beriman! mahukah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? kamu beriman kepada Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui, Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan ke tempat-tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn, itulah kemenangan yang agung" [surah As-Saff :10-12 ]

              
           Saudara seakidah yang ana kasihi... kalau kita nakkan sesuatu sudah tentu kita akan berusaha untuk mendapatkannya.... begitu juga dengan Syurga Allah, kita kata, kita beriman kpd hari Akhirat... bererti kita kena yakin dan percaya Syurga dan Neraka itu wujud.. Dan kewujudan Syurga itu yg sepatutnya kita kejar dan berusaha kearahnya... xcukup jika hnya yakin dan percaya... tapi kita kena berusaha untuk memilikinya dengan melakukan amalan2 kebaikan kerana ALLAH... yakinlah saudara2 sekalian.. janji Allah itu pasti... dan di akhirat kelak hanya ada dua stadium.... SYURGA dan NERAKA.... so.. pandai2lah nak pilih stadium mana yg lebih baik......- Aku Musafir Iman-
              
             

Thursday, December 23, 2010

LAUT ITU MENGAJAR AKU SESUATU...


       Alhamdhulillah, ana masih diberi kesempatan mencoret sesuatu dalam blog nie... 21/12/2010  adalah tarikh last final exam bg semester ni.... Tapi exam kehidupan xtau lagi bila akan berakhir... yang pasti kematian itu semakin menghampiri kita.....dan pada hari itu juga ana pergi ke suatu tmpat yg cukup tenang bagi ana.... PANTAI SERI NIPAH.... mgkin ramai yg tahu (kalau org klntan) hiihii... sebenarnya ana p pantai tue sbb nak pantau program yg dibuat oleh adik2 sabah yg xblk bercuti.... mood sedey la pulak.... :'( adik2 jgn sedey2.... ramai pacik2 n macik2 kat cni yg prihatin dengan korang... hidup di tempat org nie kena pandai berdikari.... ingat pesan abg masa last perjumpaan.... JANGAN TERLALU MANJA!!.....
        Okey xnak sedey2!! "LAUT ITU MENGAJAR AKU SESUATU" laut pun sebenarnya adalah guru..... pecaya x?? ana xkesah kalau korang xcaye..... tp ana pecaya... kalau ana xpecaya, xlah ana menulis tentang laut nie.. :) seawal pukul 7 pagi, ana berjalan-jalan ditepi pantai pemandangnnya cukup indah.... alaaaa tgok r gambar tu.... cantik kan?? SUBHANALLAH..... indahnya ciptaan Tuhan ni....Tp time nie susah nak mandi laut, ombak kuat sgt.. maklumlah musim tengkujuh... sepanjang perjalanan di tepi pantai, ana cuba perhatikan kawasan sekeliling, kot2 ade ketam... :) erm.... jumpa kulit kerang n kulit siput jew.... ana kutip kulit siput tue dan cuba menulis sesuatu di atas pasir yg halus... xsampai beberapa saat, tulisan td hilang ditelan ombak... "ishhhh kacau lah ombak nie" ... rse geram pun ade... hehehe... ana undur ke belakang dan cuba menulis semula, xsampai 10 saat ombak yg lg besar memadamkan apa yg ana tulis.... ermm ombak nie betul2 xpuas hati dgn ana kot... hihi
       Nak tau x? laut itu sebenarnya nak memberitahu ana bahawa dunia ini hnya sementara, ibarat menulis sesuatu di atas pasir yg berhampiran dengan laut.... bila ombak datang, maka hilanglah tulisan itu... begitu cepat dan singkat... ermm ..ana merenung jauh melihat ombak besar yg datang dan menjadi semakin kecil dengan membawa buih2 putih yang xterhitung banyaknya... kemudian buih2 itu hilang dan kembali ke laut... Ana terus teringat dengan satu hadith yg mengatakan umat akhir zaman ibarat buih di laut....mereka sgt lemah walaupun dalam bilangan yang ramai... kerana mereka cinta dunia dan takutkan mati.. lantas pd ketika itu , ana tnya diri ana, adakah ana ini salah satu dari buih2 itu.... Laut itu betul2 mertarbiyah ana.....
       Ana terus berjalan menghampiri laut dan mengeluarkan np0n dari poket ana, sebab ana nak ambil gambar laut dari jarak dekat.... ana tertarik dengan pemandangan ombak yg saling kejar mengejar... semakin ana menghampiri laut, semakin dekat ombak dtg ke arah ana.... huhhh!!! susah jgak nak ambil gambar dari jarak dekat... takut npon basah....hihi.. ana  cuba tangkap gambar ombak yg kecil, tp bila ombak besar datang.. ana akan lari ke belakang... Mgkin lbh sepuluh kali ana main kejar2 dgn ombak nie, semata-mata nak dapatkan gambar yg menarik... ^.__.^ 
        Laut ini, sekali lagi ingin memberitahu sesuatu, bahawa inilah hakikat dunia.... semakin kita cinta dengan dunia, semakin kita nak dekat dengan dunia,maka semakin dekat pula dia menghampiri kita... kekadang dia memberikan kita sesuatu tanpa kita pinta.... ibarat ombak td. yg dtg dan pergi seolah2 ingin menarik kita...sentiasa nak tenggelamkan kita dalam dunianya.... huhuu....  dunia oh dunia.....
-Aku Musafir Iman-

Tuesday, December 14, 2010

AKU MEMAMG PENYIBUK!!!!!!


Tak ada keja lain ka?? penyibuk jew.... nak dating pun xblh.... ini salah, itu pun salah.... sekarang bukan zaman kuno lah... kami dah besar..... tahu bawa diri... xperlu sibuklah..!!

Astaghfirullah al'azim.... kalau lah mak bapa kamu mendengar apa yang kamu ucapkan ini, sdh pasti mereka sedih...

Wahai adik2 yang abg sayangi... mmg benar apa yang kamu katakan.... abg dan sahabat2 yang lain adalah penyibuk.... kalau blh setiap hari nak tahu apa yang kamu lakukan......

Abg masih ingat lagi setiap pesanan mak bapa kamu...ada yg berpesan dari rumah lg coz xdpt join pergi ke airport, dan ada yang sempat berpesan sebelum kamu masuk ke balai berlepas... "Nak tolong tgok2kan anak makcik di sana nnt...."
"Nak..... kau tolong jaga dia.... dia tiada saudara mara di sana"..... hmpir semua mak bapa kamu pesan benda yang sama...... ...adik2...... kami mmg penyibuk......

Kehadiran abg dan sahabat2 yang lain mengganggu kehidupan kamu, menyekat pergerakan kamu, membatasi jarak perjalanan kamu.... tp ingatlah adik2 sekalian.... bila kamu dah betul2 memahami makna tanggungjawab, kamu pasti merasakan apa yang kami rasa... dan abg yakin ada di antara kamu yg akan mengalirkan air mata....

wahai adik2 yg dikasihi, cuba fikir.. bukak minda tue... knapa kami lakukan semua ini?? knapa kami hbskan masa hnya untuk jaga kebajikan kamu?? knapa kami bertungkus lumus menyelesaikan setiap masalah yang kamu hadapi?? knapa??? dan knapa?? cuba tnya diri adik2 sndri.... knapa abg2 tue sibuk dgn hal kami???

Abg nak tnya adik2..... apa harapan mak bapa bila kamu dapat tawaran bljr jauh dari mereka?? apa pesanan mereka?? sanggupkah adik2 meratap wajah mereka yg dalam kesedihan?? kalau adik2 tnya abg....... abg akan jawab, abg xsanggup melihat pipi mereka dibasahi oleh tangisan kekecewaan.... abg xsanggup...

Abg dgn sahabat2 yg lain xkesah kalau adik2 nak terus mengatakan kami ni penyibuk.. "BUSY BODY"!! or yg sama waktu dengannya.... tp satu perkara abg nak ingatkan adik2.... redha Allah itu terletak pd redha mak bapa.... aku musafir iman...

Friday, December 10, 2010

TIDAK SEPENAT BERMAIN FUTSAL...

           SALAM'ALAIK.....


         FUTSAL?? hehehe ana kalau cter bab futsal ni, mmg no.1. maklumlah dah jadi hobi ana bermain futsal, tp xlah sehebat mana pun, lebih kurang mcm gerrard jew.... hihihi... ana ni, pantang diajak main futsal, time exam pun, blh lg main futsal... sahabat ana selalu ckp, berdakwah nie bnyk cara, bukan hnya bg ceramah, dengan bermain futsal pun kita blh berdakwah... ana sbnrnya bukan nak cter kehebatan or keseronakan main futsal.... tp kalau nak tahu jugak... mai cni... masuk KOLEJ TEKNOLOGI DARULNAIM.... baru korang akan tahu nikmatnya bermain futsal ni... hihihi "ada bran"????(ayat femes kat KTD)
       Ana nak tnya shbt2... pernahkah kita luangkan sedikit masa duduk sambil berzikir? biasanya, kalau main futsal paling kurang kita main 1 jam... dan ada yang sampai 3-4 jam... dahsyat.... shbt ana kata mcm "nafas kuda".. :) biasanya bila kita ke masjid atau surau, setelah  selesai solat, imam akan berzikir sebelum bca doa... tp apa yg kita lihat?? time zikir itulah orang ramai keluar, dan ada yang terus balik, terutamanya remaja.. zikir xsampai 5 minit pun... apalah salahnya kita duduk seketika ikut imam berzikir. Susah sangat ker???
       Sebahagian daripada kita mengaggap remeh zikir ni, kerana hanya mengucapkan kalimah yang bersifat kesucian dan kehambaan.. Disebabkan tanggapan sebeginilah mereka tidak ghairah untuk melakukannya. Nak kata sukar, xjugak... Tahap kesukaran tidak sehebat jihad di medan perang, atau berpuasa menahan lapar dan dahaga. Ataupun, tidak sepenat bermain futsal... Padahal, di majlis2 zikir, rahmat Allah turun di dalamnya. Bayangkan, meskipun hanya membaca subhanallah walhamdhulillah walailaha illallah wallahu akbar, pahalanya boleh melebihi butiran beras yang ada di rumah kita. Tetapi mengapa malas diamalkan?. Seorang penyanyi blh menyanyikan sampai 2-3 lagu non-stop... tp ana xyakin dia blh luangkan masa berzikir hnya 5 minit. MENGAPA? sebab mereka xbiasa.... sehingga mereka tidak merasa nikmatnya melafazkan AsmaNYA... Begitu juga dengan pemain futsal, mampu bermain berjam-jam, siap menggelecek lagi.. hihihi sebab mereka dah biasa dan akhirnya terbiasa...
       Ana nak kongsi satu riwayat tentang kelebihan zikir yang ana bca dari sebuah buku, tajuknya "indahnya sabar" . Suatu ketika Nabi Musa bertanya kepada Allah, "Wahai Tuhanku, bgmna saya blh mengetahui tanda orang yang Engkau cintai dan Engkau benci?"
Tuhan lalu berfirman:
"Wahai musa, sesungguhnya apabila aku mencintai hambaKU, akan ada dua tanda baginya.
PERTAMA: Ringan untuk berzikir kepadaKU supaya AKU mengingatinya.
KEDUA: AKU pelihara dia dari perbuatan haram, agar seksa dan murkaKU tidak menimpanya.


"Wahai Musa, jika AKU membenci seseorang, maka ada dua tanda untuknya.....
PERTAMA: AKU lalaikan dia berzikir kepadaKU.
KEDUA: AKU biarkan dia dengan nafsunya supaya terperangkap dengan perbuatan yang haram, sehingga seksa dan amarahKU menimpanya....


      SAHABAT..... terlalu bnyak kebaikan dan keutamaan bila kita berzikir.. dengan berzikir hati kita akan jadi tenang, dan keyakinan kita kepada Allah makin bertambah. Jika berlaku musibah, InsyaAllah kita tidak akan merasa tertekan kerana kita sentiasa prasangka baik terhadap Allah... Orang yang biasa berzikir ini dikatakan tenang dan santai... Dia faham bahawa setiap langkahnya, setiap uban yang muncul di kepalanya, setiap kerutan kulit yang mengiringi umurnya, semuanya telah diatur oleh Zat Yang Maha segalanya..
   Firman ALLAH SWT dlm surah al-A'raaf:205 yang bermaksud:


"Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahNYA) dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.


      Sama2lah kita cuba amalkan dan memperbanyakkan zikir harian kita, moga2 dengan zikir ini kita dapat kembali kepada Allah dengan hati yang sejahtera(baik)... aku musafir iman....      

Thursday, December 9, 2010

fikirkan...

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk dipertemukan jodoh dan diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal dunia terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup

Thursday, December 2, 2010

HIJRAHLAH SEBELUM DIHIJRAHKAN

      Berhijrah lah sebelum kamu dihijrahkan... berhijrah ke arah melakukan kebaikan sebelum dihijrahkan diri kamu ke alam kubur. Sudah bersiapkah kita untuk memasuki tahun hijrah yang baru? Ketibaan bulan Muharram 1432 Hijrah hnya tggal beberapa hari saja lagi,  ini menandakan  usia kita juga semakin bertambah,  ajal kita juga semakin hampir dan kehidupan yang sebenar iaitu kehidupan akhirat juga semakin dekat. Sungguh pantas masa berlalu. Tahun baru 1432 hijrah  kali ini jatuh pada hari selasa bersamaan 7 Januari 2011. Dalam menyambut ketibaan Awal Muharram atau dikenali juga dengan Ma’al Hijrah terdapat beberapa jenis golongan :

Golongan yang pertama : Golongan yang menyambutnya sekadar lahiriah. Mereka menyedari ketibaan Tahun baru hijrah kerana mereka mendapat  cuti umum pada hari tersebut. Kehadiran bulan penuh keberkatan ini tidak mendatangkan apa-apa perubahan dalam diri mereka. Mereka terus dengan tabiat dan perangai kebiasaan. Tidak terlintas di hati mereka untuk melakukan hijrah ke arah kebaikan.

Golongan yang kedua : Mereka menyambut kedatangan bulan Muharram ini dengan azam dan niat untuk melakukan hijrah ke arah kebaikan. Mereka berubah untuk beberapa ketika kemudian kembali kepada perangai lama.

Golongan yang ketiga : Mereka menyambut kehadiran tahun baru hijrah ini dengan penuh kesedaran dan keinsafan. Mereka memasang azam yang teguh dan niat yang benar-benar mantap untuk melakukan perubahan dalam diri mereka. Golongan ini berupaya berubah menjadi hamba Allah yang bertakwa, soleh, menghindari perkara yang dimurkai oleh Allah SWT dan mereka terus istiqamah dalam melakukan ketaatan kepada Allah SWT.

     Mari kita muhasabah diri kita masing-masing. Kita termasuk golongan yang mana di antara tiga golongan yang di atas setiap kali menerima kedatangan Ma’al Hijrah. Kesilapan yang lepas biarkan ia berlalu. Awal Muharram yang terbaru ini jangan dipersia-siakan seperti  sebelum ini. Perubahan ke arah kebaikan mesti dilakukan walau pun kita tidak pasti untuk berapa lama. Begitulah hakikat iman manusia yang kadang-kadang bertambah dan kadang-kadang berkurangan. Sesiapa yang memasang azam untuk berhijrah dia telah mendpat pahala sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

“ Sesiapa yang berniat untuk melakukan  kebaikan tetapi  tidak melakukannya maka dituliskan untuknya satu hasanah ( kebaikan ). Dan sesiapa yang berniat untuk melakukan kebaikan kemudian dia melakukannya maka ditulis untuknya sepuluh kebaikan sehingga tujuh ratus kali ganda.”
( Riwayat Imam Muslim)

Alangkah ruginya kita sekiranya tidak memanfaatkan kelebihan yang  Allah SWT sediakan untuk kita. Hanya berniat untuk berubah pun telah diberi pahala. Bila dilaksanakan, digandakan pula sepuluh kali ganda atau seberapa banyak ganjaran yang dikehendaki oleh Allah SWT. Jangan abaikan kasih sayang dan rahmat Allah SWT ini.

APAKAH PERUBAHAN YANG PERLU DILAKUKAN ?

Sabda Nabi SAW :
 “Orang yang melakukan hijrah yang sebenar ialah yang meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah”. ( Riwayat Imam al-Bukhari )

        Hadis ini merupakan garis panduan untuk melakukan hijrah. Apa-apa perubahan ke arah kebaikan yang dilakukan  merupakan satu hijrah dan telah menepati sabda Rasulullah saw di atas.  Perubahan merangkumi dua perkara iaitu melaksanakan perintah Allah SWT dan meninggalkan larangan Allah. Melaksanakan suruhan Allah sebenarnya lebih mudah berbanding meninggalkan tegahan Allah SWT. Perubahan yang paling utama ialah melakukan taubat terhadap dosa-dosa yang lampau. Setiap individu muslim wajib bertaubat. Tiada siapa yang terlepas daripada dosa melainkan para Rasul. Taubat yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh akan menghapuskan dosa. Allah SWT telah menjanjikan akan mengampuni dosa sesiapa yang bertaubat.

Dari Nabi SAW bersabda bahawa  Allah berfirman ( hadis qudsi ) :

"Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kamu melakukan kesalahan siang dan malam dan Aku mengampuni semua dosa, oleh  itu pohonlah keampunan kepadaKu, nescaya Aku mengampuni kamu." (Imam  Muslim).

Ini adalah janji Allah SWT dan Maha Suci Allah daripada memungkiri janjiNya. Jangan berputus asa dengan keampunan Allah walau anda bayangkan dosa anda terlalu banyak. Semua itu terlalu mudah bagi Allah yang bersifat dengan al-Tawwab (Maha Penerima Taubat) dan al-Ghaffar ( Maha Pengampun). Diikuti dengan menyempurnakan kewajipan yang telah difardukan seperti solat fardu, puasa bulan Ramadan, zakat dan sebagainya. Mengabaikan perkara fardu adalah satu dosa besar yang mengundang kemurkaan Allah SWT. Solat yang ditinggalkan dengan sengaja menyebabkan seseorang itu akan menghuni neraka Saqar. 
Firman Allah SWT :

 "Apakah yang memasukkan kamu ke dalam  neraka Saqar?. mereka menjawab: "Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan shalat. ( Surah al-Muddatsir : 42 dan 43 )

Jagalah anggota-anggota daripada melakukan dosa. Nikmat percakapan, pendengaran, penglihatan dan anggota-anggota lain jangan disalahgunakan untuk perkara yang diharamkan oleh syarak. Semua anggota kita akan menjadi saksi di akhirat nanti. 
Firman Allah SWT  :

Pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan ( Surah al-Nur : 24 )

Tingkatkan amal soleh seumpama ingin menjaga solat fardu berjamaah, tilawah al-Quran setiap hari, bersedekah, memperbanyakkan solat sunat, melazimi qiyamullail dan banyak lagi amalan-amalan untuk mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. Tingkatkan juga ilmu agama agar sentiasa cenderung untuk meningkatkan keimanan dan amal soleh. Ibadat yang dilakukan juga hendaklah menepati ibadat Rasulullah SAW supaya ibadat tidak menjadi sia-sia sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

” Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan bukan daripada perintah kami maka amalan itu tertolak( tidak diterima).( riwayat Imam al-Bukhari )

APAKAH AMALAN KHAS BULAN MUHARRAM ?

Berpuasa Sunat

       Bulan Muharram merupakan salah satu daripada bulan-bulan haram. Berpuasa pada bulan ini pada dasarnya dijanjikan dengan pahala yang besar. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

“Puasa yang paling utama selepas Ramadan ialah bulan Allah,Muharram dan solat yang paling utama selepas fardu ialah ialah solat malam.(Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, Baihaqi, Ahmad)

        Hadis ini dengan jelas menyatakan keutamaan berpuasa pada bulan Muharram berbanding bulan-bulan lain selain Ramadan. Hadis ini juga menjadi hujah bahawa kita digalakkan berpuasa sunat pada bulan Muharram  lebih banyak berbanding bulan-bulan lain. Puasa bulan Muharram lebih  lagi digalakkan pada hari ’Asyura iaitu pada 10 Muharram. Puasa ‘Asyura ini pada asalnya adalah wajib. Kemudian menjadi sunat setelah puasa Ramadan difardukan sebagaimana sabda rasulullah SAW hadis riwayat Muawiyah ra berkata : aku mendengar Nabi bersabda : Hari ini adalah hari ‘Asyura tidaklah wajib kamu berpuasa tetapi saya berpuasa. Maka sesiapa yang mahu ia boleh berpuasa dan sesiapa yang tidak mahu ia boleh berbuka. ( Imam al-Bukhari dan Muslim).

Galakan berpuasa pada hari ‘Asyura ini berdasarkan hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim bahawa Ibn Abbas berkata : “Aku tidak melihat Rasulullah saw mengutamakan hari puasa yang dilebihkan  atas hari lain kecuali hari ini, iaitu hari ‘Asyura dan bulan Ramadan”. Berpuasa pada hari tersebut juga akan mendapat keampunan dosa setahun yang lalu sebagaimana hadis riwayat Abu Qatadah berkata bahawa Baginda saw  ditanya tentang puasa ‘Asyura. Baginda menjawab :”Ia menghapuskan (dosa) setahun yang lepas”.
( Riwayat Imam Muslim).

       Bersama-samalah kita memanfaatkan kesempatan dan peluang menemui bulan Muharram 1432 Hijrah pada kali ini dengan sebaik mungkin. Muharram tahun depan belum pasti kita temui, mungkin  Malaikat Maut yang akan  menemui kita terlebih dahulu. Berhijrahlah sebelum anda dihijrahkan ke alam barzakh.  Wallahu'alam...