Powered by Blogger.
RSS

Islamic Widget

Wednesday, April 20, 2011

sedar dan fahamilah wahai adik-adikku...



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Alhamdhulillah, syukur kehadrat Allah yang masih mengurniakan nikmat kefahaman dalam diri ini..... nikmat ini begitu penting buat hamba-hambaNYA yang dilema dalam mengejar cintaNYA... atas nikmat inilah manusia akan sentiasa mencari jalan untuk mendapatkan redha Allah...

barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi baik, maka diberikan kefahaman tentang Ad-Dien.

       Tujuan kita di datangkan ke dunia ini pasti akan terjawab jika kita FAHAM.. dan semuanya yang berlaku kepada diri kita baik atau buruk pasti ada hikmahnya jika kita FAHAM....  maaflah, kali ini saya bukan nak menerangkan apa yang dimaksudkan dengan "FAHAM"... tapi saya nak mengajak kepada pembaca terutamanya adik-adik yang menuntut di KTD supaya sentiasa dalam keadaan sedar dan faham akan setiap perkara yang kita lakukan di dunia ini.. Wahai adik-adikku... kita seringkali mengeluh dan emosional bila mana sesuatu perkara yang dirancang tidak mendatangkan natijah seperti yang diingini... kita selalu menyalahkan diri dan orang lain jika apa yang dihajati tidak kesampaian... kita akan anggap ianya satu masalah...... masalah yang buat kita tidak duduk diam... saya nak tanya adik-adik... adakah itu yang di katakan masalah???
       
        Bagi saya, itu bukan masalah.... itu adalah sebahagian dari kehidupan kita yang perlu kita lalui... itu adalah perkara biasa jika kita faham... Seringkali bermain difikiran ini, mengapa terlalu sukar untuk saya mejelaskan kepada adik-adik apa yang sebenarnya kita perlu cari dalam kehidupan.... apa yang sepatutnya saya lakukan agar adik-adik faham maksud setiap kata-kata saya... Memang benar, apa yang adik-adik semua lontarkan dan luahkan... saya tidak pernah menyalahkan adik-adik... sebab saya tahu, adik-adik masih   tidak faham matlamat hidup yang sebenar... maaf kalau diri ini tidak dapat memberi jawapan yang menyenangkan setiap kali adik-adik ajukan soalan tentang keberadaan adik di KTD... 

      Minggu lepas seorang adik datang bertanya kepada saya.....

adik: Abang, saya ada masalah.......
abg: masalah apa??
adik: permohonan pinjaman MARA saya kena tolak disebabkan masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan...
abg: macam mna dengan pinjaman lain?
adik: Tak naklah... kalau saya tidak dapat pinjaman MARA, saya nak berhenti......
        
      Hati ini, macam ditusuk oleh sesuatu benda yang tajam, bila mendengar jawapan dari seorang adik... lidah saya keluh bila adik-adik nekad nak berhenti hanya disebabkan pinjaman MARA yang tidak dapat diproses... Hati kecil ini bertanya, adakah ini matlamat kita nak study?? adakah ini yang menjadi pendorong permusafiran kita??  sedih dan sangat kecewa kalau disebabkan faktor inilah kita sanggup tinggalkan keluarga... Adik-adikku... cuba adik buka minda....dan  tanya hati adik yang paling dalam.... "kalau saya berhenti", "kalau saya balik ke kampung halaman",  agak2nya... saya dapat merasai tak apa yang saya rasa seperti sekarang?? adik jawablah sendiri pertanyaan ini...

        Saya cukup gembira bila sembang dengan adik-adik, dan adik mengatakan kehidupan di sini jauh lebih baik dari kehidupan sebelumnya... kehidupan di sini, banyak mengajar kami erti kasih sayang, kehidupan di sini jelas mendorong kami untuk sentiasa dekat dengan ALLAH... Allahukbar..air mata kegembiraan ini seakan-akan nak membasahi pipi bila dengar adik2 seronok berada di medan ini... TAPI..... kalau adik keluar, adik yakinkah, adik boleh melalui kehidupan seperti di sini? adik yakinkah adik boleh mendapat tarbiyah seperti di sini? adik yakin kah?? 

        Sedar dan fahamilah wahai adik-adikku... masalah kita yang sebenarnya dah lama wujud dalam diri kita melalui TIGA persoalan hati yang biasa kita dengar.....

     DARI MANA KITA DATANG?
    
     UNTUK APA KITA DIDATANGKAN?

     DAN KEMANA KITA AKAN KEMBALI?

       Kalau adik dah faham dan sedar akan tiga persoalan ini, pasti adik-adik tidak akan menjadikan masalah-masalah tadi sebagai alasan untuk tidak berada di medan ini.... Ingatlah... kefahaman itu bukan dicari, tapi perlu dibangun dan dilalui....moga ALLAH sentiasa memberi kefahaman kepada hati-hati yang sentiasa mendambakan nur hidayahNYA....-Aku Musafir Iman....

Saturday, April 16, 2011

Di Sini Ku temukan Hatiku....

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


         "ALLAH tidak akan ubah nasib sesuatu kaum itu, sehingga mereka yang mengubah apa yang ada dalam diri mereka"


           Hampir setiap hari saya teringat akan ayat Allah ini... entahlah, mungkin perasaan ini terlalu sensitif bila mendengar perkataan "BERUBAH"... mungkin juga hati ini yang dulunya terlalu keras dan kotor yang membuatkan diri ini terlalu sukar untuk berubah.... dan mungkin juga persekitaran kehidupan yang lampau menjadi tembok penghalang untuk diri ini keluar dari kepompong kejahilan dan menyebabkan diri ini tidak dapat merasai kehadiran cahaya perubahan.. Namun hati ini sentiasa bermonolog.... SAMPAI BILA?? sampai bila nak biarkan diri ini dirantai oleh kejahilan?
           Bila saya ingat kembali masa silam, bibir ini seakan-akan nak tersenyum, tapi dalam masa yang sama kelopak mata cuba menahan lelehan air mata... bibir nak tersenyum bila mengenangkan kejahilan diri ini, sedangkan air mata cuba untuk melepasi kelopak mata kerana perbuatan dosa.. Alhamdhulillah, Allah mempertemukan saya dengan tempat ini, Allah memberi ruang dan peluang kepada saya untuk merasai nikmatnya berada di tempat ini.. dan di tempat inilah saya temukan hati saya yang sebenar.... dan ditempat ini jugalah saya banyak belajar erti kehidupan sebagai seorang hamba dan khalifah...

KTD??? ya!! tempat inilah yang saya maksudkan.. KOLEJ TEKNOLOGI DARULNAIM.. mungkin ada dikalangan sahabat-sahabat, adik-adik dan sesiapa pun yang kenal dengan KTD tidak bersetuju dengan saya. Mungkin raut wajah ini boleh menyembunyikan apa yang ada pada KTD... tapi hati ini sedikit pun tidak dapat menyembunyikan apa yang tersirat, hinggakan saya begitu yakin dengan matlamat dan perjuangan KTD. Tidak ada apa pun yang saya boleh banggakan dengan KTD, kalau nak cerita pasal kemudahan yang ada di KTD, ianya sama sahaja dengan intitusi lain, pasal pembelajaran kuliah?? juga sama dengan IPT yang lain.. Melainkan matlamat dan keyakinan dalam membina insan yang cemerlang DUNIA dan AKHIRAT... Matlamat inilah yang membezakan KTD dengan IPT lain yang ada... . maaf, kalau coretan ini membuat hati pembaca rasa tidak bersetuju... tapi inilah hakikat yang nak dilontarkan oleh hati ini, hati yang sentiasa mencari perubahan hidup ke arah yang lebih baik- Aku Musafir Iman....

Friday, April 8, 2011

OPKIM

Assalamualaikum...
  
     Alhamdhulillah, PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) dapat dijalankan seperti yang dirancang.. Program ini adalah anjuran oleh Persatuan Kebajikan Mahasiswa Sabah dan Sarawak (PERKEMASS) dengan kerjasama Persatuan Pelajar Pengurusan Teknologi(MTSA) dan Kelab Rekreasi KTD (KRK). Seramai 90 orang telah menjayakan program ini dimana program ini lebih kepada khidmat gotong royong yang bertempat di Kolej Teknologi Darulnaim, Taman Kurnia Jaya dan Tanah Perkuburan Islam Kemumin. Turut menjayakan program ini adalah AJK Surau Taman Kurnia Jaya dan Pejabat Kesihatan Kota Bharu Kelantan.
taklimat oleh pengarah program

AJK persegaran

pemberian barang amanah(plastik sampah) oleh mantan presiden. :)

pembersihan kawasan taman.

hasil yang kami dapat.. hihi

Terima kasih kepada AJK pelaksana yang sentiasa komited dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberi, semoga ikatan ukhwah kita bertambah erat..-Aku Musafir Iman.