Assalamualiakum warahmatullahi
wabarakatuh... Alhamdhulillah, segala puji hanya milik Allah Tuhan yang
mentadbir seluruh alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda
Rasulullah SAW, keluarga baginda, para sahabat dan semua muslimin dan muslimat.
Selayaknya kita sebagai hamba tidak putus-putus mengucapkan kalimah syukur dan
memuji-muji Tuhan yang menciptakan kita.
Alhamdhulillah di ruangan ini saya
ingin berceloteh sedikit berkenaan amal ibadah kita sesuai dengan tujuan kita
diciptakan " Dan Aku(Allah) tidak menciptakan Jin
dan Manusia melainkan untuk berubudiah kepadaKu" . Cantiknya Islam
ini kerana seluruh penghidupannya dikira sebagai ibadah selagi mana apa yang
dilakukan baik perbuatan mahupun perkataan semuanya adalah kerana Allah dan
tidak melanggar syariat Islam.
Hakikat hari ini walaupun ramai yang
sedar dan tahu bahawa mati itu pasti dan bila-bila masa saja boleh berlaku tanpa
kita tahu bila dan di mana, namun masih ramai juga yang mengharapkan ingin
bertemu dengan usia tua. Kenapa? kerana mereka mengharapkan ibadah yang banyak
pada usia tua. memikirkan bahawa usia tua adalah usia yang terbaik untuk
mengabdikan diri kepada Allah SWT. Malang sungguh orang yang berfikiran seperti
ini. Bak kata orang Indonesia " KESIAN DELO' ".
Jika dilihat statistik jumlah manusia
yang hidup pada satu-satu masa di dunia, kita akan dapati jumlah orang tua
sangat sedikit berbanding orang muda. Ini kerana ramai manusia yang tak sempat
tua dan waktu usia muda telah dipanggil pulang. Jadi..... jika menunggu hari tua
baru nak beribadah, bertaubat dan berbuat kebaikan, kemungkinan besar ramai yang
tidak akan sempat kerana lebih dahulu dipintas oleh kematian.. Sanggupkah anda
tanggung risiko??
Wahai adik-adik dan remaja sekalian!!
waktu muda inilah saat yang paling baik untuk mendekati Allah SWT. Waktu muda
ini jugalah kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh sempurna dan bertenaga
kerana waktu ini fizikal, fikiran, emosi dan jiwa masih bersemangat dan kuat.
So.. kenapa masih lagi ingin menunggu usia tua baru nak beramal?? Adakah kerana
kamu memikirkan usia muda hanya sekali? dan perlu manfaatkannya dengan
perkara-perkara yang menyeronokkan? ish... ish.. ish.. jauhnya fikiran kalian
tersasar..Dengar ni..!!! pasang telinga dan pasang mata serta hati, USIA MUDA ADA DUA KALI!!! muda di dunia dan muda di
akhirat.. tak percaya?? Sabda Rasulullah SAW " Ahli
syurga memasuki syurga itu dalam keadaan kulit licin, tidak bermisai dan
berjanggut, bercelak serta sebaya umur dalam lingkungan 30 atau 33 tahun" [HR
al-Tirmizi]. Saya simpulkan bagi mereka yang mengatakan masa muda
hanya sekali atau masa muda ini perlu "ENJOY" mereka ini tidak mahu jadi ahli
syurga.
Sekali lagi nak menyeru kepada
mereka-mereka yang merasa diri masih muda. Masa muda inilah yang dikatakan
"prime time" yang sangat sesuai untuk beribadah kepada Allah Azza wa jalla. Masa
muda yang sangat tinggi nilainya ini sewajarnya difokuskan kepada Allah dengan
berbakti kepadaNya. Seorang hamba yang memburu kecintaan Allah akan memberikan
usia mudanya bukan usia tuanya. Masa muda ini jugalah yang sering ditekankan
oleh Rasulullah kerana salah seorang VIP yang mendapat naungan Arasy ialah
pemuda yang takut akan Allah. dan umur masa muda ini juga yang akan dipersoalkan
di akhirat kelak. Saya nak tinggalkan kepada pembaca satu pesan dari Ibn Umar
" Jika kamu berada pada waktu petang, jangan menunggu
waktu pagi. Jika kamu berada pada waktu pagi, jangan menunggu waktu
petang." fikir-fikirkanlah. -
kembali kepada fitrah kehambaan.