Powered by Blogger.
RSS

Islamic Widget

Friday, January 28, 2011

KENANGAN PAHIT MENJADI MANIS

Assalamualaikum warahmatullahi wabarahkatuh... 

         Sunyi rasanya hari ini, xtau nak buat apa. kuliah pun xstart lg... erm... sedang aku kemaskini fail2 yg ada dlm laptop aku ni.. aku terjumpa satu fail yg tertulis "assignment" bila aku buka, aku lihat satu tugasan yg pernah aku buat 2 tahun yg lepas... "KENANGAN PAHIT MENJADI MANIS"    pelik jew bunyi.... ni lah tugasan yg diamanahkan kpd aku semasa tahun pertama berada di KTD....  pew lg... aku pun post lah kat blog nie... hehehe dah nmanya kenangan.... post jew lah...

         “KENANGAN” Ada apa dengan kenangan?.......... setiap manusia pasti menyimpan pelabagai kenangan, tak kiralah kenangan itu manis atau tak…… Bak kata orang, kenangan dah jadi asam garam dalam kehidupan setiap insan yang pernah merasa hidup di dunia ini. Kalau nak cerita pasal kenangan ni…… Seratus muka surat pun tak habis. Maklumlah kenangan itu bermula sejak kita lahir hingga kini… kali ini aku nak kongsi cerita kenangan pahit dan manis yang pernah aku lalui bermula sebelum aku masuk Kolej Teknologi Darulnaim sehingga sekarang….

Alhamdhulillah ingatan ini masih segar lagi untuk mengingati setiap perjalanan hidup aku.. erm masih "muda"lah katakan….  “kenangan manis dan kenangan pahit” tanpa kenangan hidup ini akan sunyi, tanpa kenangan hidup ini akan suram sepi,   dan tanpa kenangan juga, segalanya akan berlalu tanpa terungkitnya segala perasaan yang ada…. Nak lagi mudah untuk gambarkan semua ini, tanpa kenangan hidup ini tidak sempurna .Bila cerita tentang kenangan manis pasti semua orang suka, kalau boleh kenangan itu nak diulang berkali-kali nak dikongsi dengan semua orang, sampai ada yang berhajat, kalau boleh satu dunia ini tahu……. Tapi lain pula keadaannya dengan kenangan pahit, kalau boleh nak sembunyi, tak nak cerita kat orang lain…. Dengan alasan ‘malu’ , ‘sedih’ , ‘geram’ dan sewaktu dengannya… Tapi yang pasti kenangan itu, hanya tinggal kenangan, kerana sedetik masa yang berlalu tidak mungkin dapat kembali menikmati semula kenangan atau membetulkan setiap kenangan itu..

TINGKATAN ENAM

Kenangan yang nak  dicoretkan bermula di sini. Hati siapa yang tak gembira bila dapat tahu diri merupakan salah seorang yang layak masuk ke tingkatan enam. Hati ini sungguh gembira dan rasa bertuah dapat meneruskan pelajaran di peringkat STPM, sedangkan ramai yang mempunyai keinginan tapi tidak kesampaian… Namun kegembiraan ini hanya dapat bertahan Sembilan bulan sahaja. Enam bulan di peringkat enam bawah dan tiga bulan di peringkat enam atas… Jalan yang selama ini terang dah jadi gelap… Aku rasakan impian yang selama ini ku impikan dah berakhir. Aku dapat tahu dari pengetua, aku tak boleh teruskan menuntut di peringkat STPM kerana dokumen pengenalan tak ada.. Aku seakan-akan hampir tak dapat menerima kenyataan..  masa tu, aku terasa macam nak salahkan orang tua aku kerana tidak menguruskan dokumen pengenalan (I/C) aku dari kecil lagi, tp, bila aku fikir-fikir, mereka tak boleh disalahkan kerana kedua orang tua aku tak tahu membaca, jadi susah untuk berurusan dengan pegawai kerajaan..
Ujian ini telah membuatkan aku menjadi seorang yang hidup tak tentu hala. Setiap hari aku akan habiskan masa dengan melepak.. keluar pagi dan balik malam.. nak cari kerja pun tak boleh, setiap peluang pekerjaan yang ada mensyaratkan warganegara. Aku tak boleh buat apa-apa, dah memang nasib aku macam ni.. Bila musim cuti sekolah aku dapat berjumpa dengan semua kawan-kawan lama… Namun, bibir aku tak dapat berkata-kata bila soalan diajukan oleh mereka “kau sekarang study di mana?” hanya senyuman saja yang mampu ku balas sebagai jawapan kepada soalan yang diajukan. Aku rasa malu setiap kali kawan-kawan aku ajak keluar. Aku rasa aku tak setaraf dengan mereka.. maklumlah, aku seorang penganggur, sedangkan mereka adalah mahasiswa yang bakal membawa pulang segulung ijazah untuk diperlihatkan kepada orang tua mereka.

KOLEJ TEKNOLOGI DARULNAIM PERINTIS JALAN

Pejam celik, pejam celik, dah setahun lebih aku hidup sebagai penganggur. Bosan juga hidup sebagai penganggur ni, tapi aku masih tak habis fikir, kenapa ramai remaja-remaja di luar sana merasakan hidup mereka bebas dan merdeka bila bergelar penganggur.. pelik…….! tapi itulah kenyataan..
Pada 19 April 2008 aku merasakan diri ini sedang bermimpi, mimpi yang membuatkan jalan yang selama ini gelap bertukar menjadi terang.. rasa macam tak percaya..Aku dapat tawaran masuk ke Kolej Teknologi Darulnaim Kelantan. Walaupun dokumen pengenalan diri aku tak ada lagi, tp aku dapat tawaran, tak tahu kenapa masa itu aku rasa yakin ini adalah peluang yang terbaik untuk aku hidupkan semula segala impian aku yang selama ini karam ditelam masa. Pada awal bulan Mei keyakinan ini makin bertambah apabila Jabatan Pendaftaran Negara kat Putrajaya memberitahu aku, dokumen pengenalan(I/C) dah siap diproses. Tangisan air mata kegembiraan tak dapat ku tahan dan terus membasahi pipi ini. Aku terus sujud tanda kesyukuran. Selama lapan tahun aku menanti, akhirnya terjawab juga. Betul kata orang “penantian itu satu ujian bukan penyiksaan”..  orang yang paling gembira masa tu adalah mak aku, sebab dia tak sanggup melihat aku selama ni menyendiri… Aku ingat lagi dengan kata-kata pengetua aku masa tingkatan 6, hari terakhir aku berada di sekolah tu (institut akademik bakti) “Allah itu Maha Adil, Allah tak pilih kau hari ini, mungkin Dia ada sesuatu nak bagi kau yang lebih berharga dari tingkatan 6 ini” sekarang aku faham maksud yang tersirat dalam kata-kata itu. Aku dapat rasakan Kolej Teknologi Darulnaim inilah yang Allah nak berikan. Allah dah pilih aku untuk belajar di kolej ini… Syukran Ya ALLAH……

KEUNIKAN KTD

Pada 9 jun 2008, aku selamat sampai di Asrama Panchor setelah 10 jam perjalanan dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (LCCT).. Dalam perjalanan itu, pelbagai soalan bermain difikiran ni… entah soalan apa, tp yang pasti perjalanan masa itu sungguh meletihkan. Keesokan hari, warden asrama (En. Fadhli) membawa pelajar baru termasuk aku untuk melihat keadaan persekitaran kampus.. Semua siswa tertanya-tanya….. “besar ka kampus tu?” “berapa tingkat?” “ada padang ka?” dan banyak lagi sebenarnya persoalan yang bermain di setiap fikiran mereka. Aku ingat lagi, sebelum naik van, warden ada memberitahu….. “Ana adalah driver korang” aku tak fikir sangat tentang kenyataan tu, bagiku itu tak penting, apa yang penting, aku nak tengok kampus KTD. Setibanya sampai di kampus, aku rasa hairan……. Memang cukup hairan. Warden cakap nak bawa kita orang tengok kampus, tapi dia bawa van masuk kilang.. lepas 2 dia kata “inilah kampus korang” aku ingatkan driver tu buat lawak, tp sebenarnya itulah kenyataan… sesekali aku tergelak dalam hati kerana teringat semula apa yang aku fikirkan dan bayangkan mengenai gambaran KTD sebelum ini… Setelah tiga minggu berada di KTD, barulah pembelajaran dan pengajaran bermula.. subjek pertama adalah English Proficiency, sementara menunggu pensyarah masuk, tiba-tiba driver van (En.Fadli) masuk dengan berpakaian kemas dan memberi salam. Aku terkejut, kenapa driver boleh masuk dalam bilik kuliah? Lebih terkejut lagi bila driver tu kata dia adalah pensyarah bagi subjek English… pelik….. driver nak mengajar? Biar betul? Aku gelak dalam kelas… ingatkan driver tu nak kenakan kita orang.. tapi hakikatnya tak, memang betul dia adalah pensyarah yang bertauliah… Inilah keunikan yang ada pada KTD.

DETIK-DETIK PAHIT DAN MANIS BERADA DI KTD

Hari demi hari ku lalui kehidupan di KTD ni, telah banyak kenangan suka dan duka yang aku dapat, semua kurasakan indah walaupun sesekali masalah datang menyapa, namun impian yang tinggi untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya menjadi benteng untuk menepis setiap masalah yang aku hadapi.
Kenanagan berada di KTD memang sukar nak digambarkan dengan kata-kata, aku dapat belajar erti kehidupan sebenar sebagai seorang insan. Kalau dulu hidup penuh dengan kejahilan, tetapi di sinilah hidup ini dapat ku isi dengan tarbiyah islamiyah, kalau dulu hidup ini ketandusan akhlak, di sinilah dapat ku kutip erti  ukhwah dan kalau dulu kehidupan ini tak ada hala tuju, maka di sinilah aku memulakan langkah yang pertama. Apa yang lebih membuatkan aku teruja dengan KTD adalah hubungan yang baik sentisa terjalin antara mahasiswa dengan pensyarah.
 Begitu juga hubungan antara mahasiswa dapat dibentuk atas dasar ukhwah terutamanya pelajar siswa, aku lebih suka mengungkit kenangan bersama siswa sebab aku seorang siswa dan lebih dekat dengan mereka. Ohh ya hampir aku terlupa nak cerita pasal PESAT. KTD mengadakan program pembangunan sahsiah terpuji (PESAT)  Nak ringkaskan cerita…… banyak kenangan pahit dan manis dalam PESAT ni.. Semua siswa akan di berikan ayah angkat, begitu juga dengan aku.. Ayah angkat akan datang memberikan ceramah ilmu atau tazkirah selama 2 jam setiap malam rabu, tapi malangnya ayah angkat kita orang jarang hadir, mungkin disebabkan ada hal yang lebih penting sehingga tidak dapat hadir halaqat bersama.. Lagi menyedihkan bila malam rabu, ramai siswa yang tidak dapat datang pada malam usrah PESAT dengan kata lain mereka lari dari mengikuti PESAT.

Sehinggakan ada yang sanggup balik tengah malam dari Kota Bharu, ada yang sanggup bersembunyi dalam tandas, ada yang sanggup bersembunyi dalam ‘locker’, ada yang sanggup bersembunyi bawah katil… erm hampah! Kadang-kadang aku rasa bersalah juga bila aku di amanahkan untuk mengajak siswa menghadiri pesat, tapi ramai yang buat alasan cakap esok ada testlah, tak ada seliparlah untuk pergi ke masjid semua ini alasan yang direka-reka supaya dapat lepas dari menghadiri PESAT. Sampaikan warden terpaksa pergi mencari setiap pelajar yang melarikan diri ke kedai-kedai makan…. Kasihan warden, nak buat macam mana? Hati-hati mereka masih di ambang keseronokan dunia.
 Kenangan masa ramadhan pun ada juga, aku mengukir sejarah baru dalam hidupku iaitu sahur pertama aku cuma makan ‘maggie’ je.. tapi tak apa, semua itu bukan penghalang untuk aku  meneruskan puasa. Bila ramadhan nak melabuhkan tirainya ramai kawan balik kampung dan ada juga yang tak balik terutamanya budak Sabah, maklumlah tiket kapal terbang masa tu mahal sangat. Tak mampu nak beli termasuk aku... Abang aku ‘call’ dia dah  balik Sabah.. Sedih juga, sebab raya 2008  aku tak dapat beraya bersama keluarga, aku ingat lagi, pesan abang aku masa berbual dalam telefon, “belajar hidup sebagai seorang perantau”  Inilah kali pertama aku tak dapat kumpul beraya bersama keluarga. Menjelangnya Syawal, selepas solat aidil fitri, aku hanya duduk dalam bilik sambil mengadap laptop. Erm.. tak tahu nak buat apa. Kalau kat Sabah mesti aku tak duduk diam, aku akan habiskan masa aku pergi ziarah rumah kawan.. aku ingat lagi, raya pertama adik aku ‘call’ “abang jangan sedih, jangan nangis tak balik raya, tapi kalau nak nangis juga, abang nangislah dalam locker tu” dia saja nak perli aku. Tapi aku tak kisah semua tu, adik aku memang macam tu.. Tapi raya kedua memang best…. Persatuan Kebajikan Sabah dan Sarawak (PERKEMASS) mengadakan ziarah ke rumah terbuka yang dibuat oleh ayah-ayah angkat termasuk ketua eksekutif KTD. Akhirnya aku berpeluang juga merasakan nikmat beraya di tempat orang. Memang kenangan ini sukar untuk aku lupakan.
 Ermm.....Final Exam’ dah dekat,aku kembali fokus dengan pembelajaran, masa tu, musim tengkujuh, aku baru teringat, Kelantan ni akan mengalami musim hujan atau banjir setiap hujung tahun… Memang tak dapat dilupakan peristiwa yang ku rasakan pahit apabila ke kolej dalam keadaan basah dan ‘berkaki ayam’. Rasa malu pun ada juga, orang ramai pelik tengok kita orang jalan tak berkasut atau xpakai selipar.. nak buat mcm mana, dah nasib kita orang sebagai pelajar, kena sanggup hadapi apa jua rintangan demi untuk menambah ilmu di dada.


SEJARAH MUNGKIN BERULANG

Sungguh cepat masa berlalu, 2009 dah masuk bulan ke 8, sekali lagi aku rasakan sejarah akan berulang, sebab ramadhan dah nak kembali… Cuma kenangan kali ini berbeza sedikit dengan tahun sebelumnya. Aku tak rancang lagi nak balik Sabah, so... tiket kapal terbang nak balik Sabah aku tak tempah.  Aku dah buat keputusan raya tahun ni aku tak balik lagi, sebab aku fokus dengan ‘test 1’. Rasa sedih dan pilu memang ada.. hati siapa yang tak sedih bila setiap tibanya raya, tak dapat berkumpul bersama keluarga.. Bukan aku tak nak balik kampung, Cuma aku nak buat yang terbaik untuk diri aku dan menjadi kebanggaan mak ayah aku.. Sekali lagi, hati yang sedih ini bertukar menjadi riang, mak hadiahkan aku motor baru, motor yang selama ini aku idam-idamkan..Rasanya dah lebih setahun aku cuba pujuk mak aku supaya beli motor untuk aku, akhirnya permintaan aku dapat ditunaikan.aku tak tahu nak ucap apa kat mak aku. Hanya terima kasih yang tak terhingga yang mampu aku ucapkan.
Lepas ni, tak perlulah aku pergi kuliah dengan jalan kaki. Sebenarnya aku tahu, mak aku buat macam ni sebab dia tak nak aku merasa tersisih dari keluarga. Mak aku memang jenis yang memahami kemahuan setiap anaknya. Hati dan perasaan ini, tiba-tiba rasa macam dihargai, bila seorang sahabat aku Norman  pelawa aku untuk beraya rumah dia di Terengganu, tahun lalu aku tak berkesempatan beraya rumah dia sebab Perkemass ada buat program ziarah.  Tak sabar rasanya nak tunggu 1 syawal ni. Aku sebenarnya memang ada hajat nak ke Terengganu, sebab aku tak penah lagi pijak bumi Terengganu. Alhamdhulillah lepas ni, aku mengharapkan kenangan manis sentiasa wujud di hadapanku dan  setiap kenangan yang ku lalui sepanjang berada di KTD ni tak mungkin akan aku lupakan, kerana setiap detik atau setiap saat kenangan ini banyak mengajar aku erti kehidupan, walaupun kenangan itu hanya tinggal kenangan…… Wassalam………

No comments:

Post a Comment