Powered by Blogger.
RSS

Islamic Widget

Monday, January 31, 2011

Harga Sebuah Hidayah


"Dan orang yang bersungguh-sungguh di jalan Kami, maka akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. Dan sesungguhnya Allah bersama orang yang melakukan ihsan"
[al-Ankabut:69]

         Berbahagialah bagi mereka yang hatinya cenderung untuk melakukan kebaikan. Sahabat2 yang dirahmati Allah SWT, pernahkah sahabat terfikir atau ingin tahu apa perasaan orang yang pada mulanya dapat melihat dan tiba2 Allah tarik nikmat penglihatannya? mungkin xpernah terlintas difikiran kita.. pernah lihat orang yang matanya ditutup dan diarah untuk berjalan? apa yang sahabat nampak? agak2 apa perasaan orang yg ditutup matanya itu? Pasti dia merasa setiap langkahnya penuh dengan keraguan, mungkin dia takut terjatuh, atau kakinya termsuk dalam lubang... tak pun, kepalanya terhantuk..... mcm2 perkara yg boleh berlaku. dan yang pastinya ketakutan menyelubungi di segenap jiwanya.... begitulah keadaannya apabila kita tidak dapat cahaya dalam hidup ini. 
       Bagaimana pula kalau hati yang tidak mendapat cahaya kebenaran? sdh pasti gelap lah hidupnya ibarat seseorang yang berada di dalam gua yang gelap gelita di malam hari, pasti hatinya gusar. Setiap langkahnya tiada kepastian untuk berpijak, jiwanya tidak akan tenteram dan sering rasa cemas disebabkan perasaan takut yang bermain2 di dalam dirinya. Inilah hakikat bila mana Allah tidak mempedulikan mereka.. Hidup mereka dicengkam rasa takut. Takut tidak mendapat dunia dan takut akan kematian.. Begitu juga orang yang tidak mendapat HIDAYAH ALLAH. Hidupnya mendung bagaikan awan yang gelap, rasa tegang, was-was, dan cemas. Kenapa hal ini berlaku?? kalau ada seseorang yang bertanyakan soalan ini kepada saya, saya jawab mudah jew... coz mereka tidak ada tempat bergantung yang kukuh... ibarat bergayut di dahan yang rapuh. Contoh yang jelas yang boleh kita lihat hari ini adalah golongan yang berharta. Terlalu banyak orang yang kaya menderita disebabkan kekayaannya sendiri. Semakin melimpah ruah kekayaannya, semakin dia sensara... kenapa?? sebab semakin bnyak harta kekayaannya semakin banyak yang perlu dia awasi dan jaga.
          Saya teringat kata-kata seorang sahabat saya yang sentiasa memberi dorongan kepada saya untuk terus berada di atas jalan-jalan dakwah. Katanya " adalah lebih baik orang yang berada dalam kegelapan, tapi hatinya sentiasa mencari cahaya. Berbanding dengan orang yang berada dalam cahaya , tetapi masih tercari-cari cahaya."  Alhamdhulillah, hari ini saya melihat Kolej Teknologi Darulnaim merupakan medium yang Allah turunkan nur kepada mereka-mereka yang dalam kegelapan dan ingin mencari cahaya. Tapi malangnya, ramai lagi yang lena dan tewas dicengkam nafsu sendiri hinggakan mereka tidak dapat membezakan yang mana terang dan gelap.. Hati mereka betul-betul diselubungi bintik-bintik hitam hinggakan mata hati sendiri tidak dapat menilai makna kehidupan yang sebenar.. Benarlah apa yang dijelaskan dalam al-Quran dalam surah as-Syams ayat 8 hingga10 yang bermaksud: maka Dia mengilhamkan kepadanya jalan kejahatan dak ketaqwaan. sungguh beruntung orang yang menyucikannya(jiwa itu). Dan sungguh rugi orang yang mengotorinya. 
        Apabila kita mendapat hidayah Allah, ibaratnya seprti kita berjalan di tempat yang jelas dan terang, sama ada dari bahagian kiri atau kanan, depan atau belakang bahkan dari atas atau bawah.. "apabila Allah menginginkan kebaikan bagi seseorang, maka dia akan diberi kefahaman mendalam tentang agama".  Setiap orang yang bersungguh-sungguh mencari hidayah Allah pasti Allah membukakan jalan untuknya.. Jadi, bila hidayah itu akan turun bukanlah satu persoalan yang perlu difikirkan, tapi sejauh mana kita benar-benar dan bersungguh-sungguh mencarinya. Kerana hidayah itu perlu di cari bukannya di nanti kehadirannya. Saya pernah bertanya dengan seorang kawan yang bukan muslim, "bagaimana kamu melihat islam? tidakkah kamu tertarik untuk mengikuti ajarannya?" dia balas dengan senyuman dan berkata " saya suka melihat cara hidup islam tapi saya tunggu hidayah datang"... saya tersenyum mendengar jawapannya.. 
          Sebab itulahlah, permulaan bagi meraih hidayah ini adalah dengan terus menuntut ilmu. Tiada hari tanpa mencari ilmu. Tiada hari semakin bertambah amal. dan tiada hari semakin bersih hati kita.. InsyaAllah, hati kita akan semakin telus dan tulus. Mudah-mudahan dengan ilmu yang diamalkan disaluti dengan keikhlasan, Allah akan menjaga kita dari apa jua bentuk ujian dan cubaan yang boleh menyebabkan hidayah yang kita nikmati selama ini ditarik dari dalam diri. yakni nikmat iman dan islam....ingatlah akhir kehidupan yang berbekalkan keimanan kepada Allah adalah kesudahan yang baik.-Aku Musafir Iman.

No comments:

Post a Comment