Powered by Blogger.
RSS

Islamic Widget

Tuesday, February 15, 2011

KTD di HATI KAMI


  Assalamualaikum warahmatullahi wabarahkatuh....


        Alhamdhulillah, segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selayaknya dan selama-lamanya tubuh yang kecil ini sentiasa tunduk dan patuh kepada perintah dan suruhan Allah SWT. Mensyukuri atas nikmat yang tidak pernah diminta balasan mahupun bayaran... Pejam celik, pejam celik, dah hampir 3 tahun keberadaan saya di Kelantan.. Terasa peredaran masa ini terlalu cepat, kekadang saya merasakan ianya tidak adil, kerana kesedaran ini datang lambat.. kesedaran yang membuatkan saya bersemangat untuk terus menuntut ilmu. Namun apakan daya, ini adalah semester akhir bagi diri saya untuk menimba ilmu sebanyak mungkin di Kolej Teknologi Darulnaim.
         
         Saya memilih tajuk "KTD di HATI KAMI" ini kerana banyak perkara yang ingin saya kongsikan bersama, terutamanya kepada adik-adik yang masih belajar di KTD dan juga adik-adik di luar sana yang dalam dilema untuk memilih institusi bagi meneruskan pembelajaran. Sebenarnya, adalah sukar bagi saya untuk menterjemahkan dalam bentuk penulisan berkenaan apa yang saya rasa sepanjang berada di KTD. Nama KTD dah sinonim dengan Kolej Tarbiyah Dakwah atau Kolej Terbaik Dunia. Kalau ada seseorang yang bertanyakan kepada saya....." sejauh mana tarbiyah dan dakwah yang ada di KTD?" saya akan menjawab... " sejauh umur yang dibekalkan untukmu". Saya merasakan cukup bertuah dapat belajar di sebuah Kolej yang dibekalkan dengan suasana yang unik. keunikannya terserlah melalui keprihatinan pengurusan kolej yang menyeimbangkan aspek rohani dengan kehidupan material..
         
           Sebelum saya memasuki kolej ini, saya sering mendengar daripada senior-senior yang mengatakan kolej ini merupakan kilang..... ya... kilang... kilang yang memproses manusia. Memproses manusia daripada yang kurang jahil kepada yang lebih bertamadun. dan daripada yang berpelajaran kepada manusia yang berilmu.  Dengan kata lain..... "ZERO to HERO".  Wahai adik-adikku yang masih baru, dan masih tidak nampak akan kebaikan yang ada di  KTD ini.... jangan takut..... tapi bersyukurlah, kerana Allah memilih adik-adik belajar di tempat yang betul. Saya yakin kebenaran itu pasti akan membuka mata hati adik-adik untuk melihat kebenaran seperti yang bibir ini ucapkan.
       
          Saya pernah berkata kepada adik-adik pelajar sabah dan sarawak, "cubalah bertahan untuk satu semester dulu" sebab saya nak adik-adik tahu matlamat sebenar perjuangan kehidupan kita. KTD ini, banyak membantu saya untuk menjadi lebih matang dalam melaksanakan apa jua bentuk kerja yang di amanahkan. Semasa saya mengikuti satu kursus selama 3 hari.. seseorang yang amat saya kagumi pernah berkata kepada saya.. " Saya tidak mampu untuk mengubah Sabah, bahkan kamu pun tidak mampu mengubahnya, melainkan anak-anak sabah ini di bawa ke KTD dan diproses, kemudian di hantar semula ke Sabah. Hal inilah yang mendorong semangat saya untuk terus berkhidmat membantu membuat pemasaran KTD di Sabah.
            
            Wahai adik-adik Sabah dan Sarawak yang menuntut di KTD...... kita tidak mampu nak mengubah negeri kita masing-masing... Tapi, insyaAllah kita mampu untuk mengubah taraf hidup dan pemikiran masyarakat ke arah yang lebih baik dengan adanya bekalan tarbiyah yang kita perolehi semasa menuntut di KTD.  Mungkin sekarang adik-adik tidak jelas mengenai hal ini, tapi saya yakin, adik-adik akan dapat merasainya bila adik dah tamat belajar di KTD..  " Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan merekalah yang mengubah apa yang ada dalam diri mereka"
              
             Berat rasanya hati ini untuk meninggalkan KTD, kerana banyak mutiara-mutiara dakwah yang belum saya kutip dan miliki sebagai persiapan kelak.. Namun, ini bukanlah alasan untuk saya tidak meneruskan dakwah di tempat sendiri.... Saya tidak mahu melihat anak muda khususnya ditempat kelahiran saya hilang arah tuju. Matlamat mereka tidak jelas.. hidup mereka penuh dengan kejahilan.. Ingatlah adik-adik sekalian, mengajak manusia ke arah kebaikan adalah lebih baik dari dunia dan seisinya... cukuplah hanya Allah yang menilainya... kerana saya yakin Allah pasti mempermudahkan setiap urusan hambaNYA yang sentiasa inginkan kebaikan dan membantu menegakkan agama Allah.. Dan kebaikan yang jelas matlamatnya ada pada KOLEJ TEKNOLOGI DARULNAIM.... KTD di HATI KAMI. - Aku Musafir Iman..

2 comments:

suhaimi radin said...

Assalamu'alaikum,
Sangat tersentuh hati Pak cik membaca tulisan ini. . . . .tergenang air mata si tua ini, Mutiara yg diperolehi di KTD itu boleh didagangkan di seluruh Sabah. Semoga Allah memberkati usaha dan pengorbanan kita semua.

aku musafir iman said...

waalaikumussalam..
insyaAllah, ana akan perjuangkan mutiara2 dakwah ini. hajat doa daripada semuanya...

Post a Comment