Powered by Blogger.
RSS

Islamic Widget

Monday, February 28, 2011

Kalau lah mereka faham...

            Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


       Hati ini rasa gentar setiap kali mendengar perkataan AMANAH.. entahlah, kekadang bibir ini susah nak sebut perkataan amanah... saya takut bibir ini akan dipersoalkan kelak.. Tapi pelik juga, jarang sekali orang menyedari bahawa amanah yang dipikul olehnya adalah satu tanggungjawab yang berat.. sanggup menerimanya dengan tenang tanpa memandang akibatnya. Jika ditunaikan dengan baik InsyaALLAH akan mendapat bantuan dari Allah, dan sekiranya amanah ini diabaikan, maka tunggulah balasan dari Allah.


     "sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah (Kami) kepada langit dan bumi, dan gunung ganang untuk memikulnya, maka mereka enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya dan dipikul oleh manusia, sesungguhnya manusia itu amat suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan" [Al-Ahzab:72]


       Semalam, hati kecil ini menangis bila mendengar seorang pakcik (pak guard) bercerita tentang amanah.. pakcik yang selama ini saya kenal dengan jenakanya, pakcik yang selalu membuat student rasa happy dengan cerita-cerita lawaknya.. tapi tak sangka, tiba-tiba pakcik ini hadir dalam membantu saya menyelesaikan satu masalah. Dia menceritakan makna tanggungjawab dan amanah itu sangat berat untuk dipikul.. Detik kesedihan ini berterusan apabila melihat pakcik ini mengeluarkan air matanya sambil bibirnya masih mengatakan tentang amanah.. Pakcik ini benar-benar telah menyentuh hati saya.
      
      Wahai adik-adik yang disayangi... mengapa kamu masih tidak jelas keberadaan kamu di KTD?? mengapa kamu masih tidak faham?? memang benar apa yang kamu luahkan, kamu merasa dikongkong, kamu merasa keberadaan kamu di KTD sentiasa dimata-matai, sehingga kamu merasakan wujud penjara dunia disekeliling kamu.. Amat sedih sekali bila ada yang mengatakan " kami dah besar la bang, kami tahu lah nak jaga diri kami, tak perlu lah sibuk dengan hal kami" "kami buat salah, so.... kenapa perlu libatkan mak bapa kami??" " kami ada hak, suka hati kami lah, kami nak buat apa" "saya tak peduli apa yang bapa saya buat, saya tak peduli pun apa pekerjaannya, yang saya tahu dia perlu laksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa"....   Astaghfirullah, hati ini macam dipukul oleh sesuatu objek yang berduri, sangat dan sangat sakit rasanya hati ini. Namun kesakitan ini ditutup oleh rasa sedih yang amat sangat.
  
      Saya masih tak habis fikir, mengapa mereka sanggup mengatakan sedemikian, tak cukupkah tarbiyah yang ada di KTD ini?? hinggakan mereka masih  tak faham akan keberadaan mereka di sini. Wahai adik-adikku, tahu kah kamu apa makna amanah itu?? pernahkah kamu fikir amanah kamu terhadap ibu bapa kamu?? Kalau kamu betul-betul faham, saya yakin, kamu tidak akan memperkatakan sedemikian.. Adik-adikku, amanah inilah yang membuatkan kami tidak pernah tenang... amanah inilah yang membuatkan kami sentiasa mengawasi kamu, dan amanah inilah yang sering kami utarakan kepada kamu.. Kerana kami sedar, amanah ini adalah tanggungjawab yang mesti dipikul dengan sebaiknya. Kerana kami faham, amanah ini adalah penghubung kami dengan kamu, dan kerana kami mengerti amanah inilah yang akan dipersoalkan di akhirat kelak... -Aku Musafir Iman-

No comments:

Post a Comment