Powered by Blogger.
RSS

Islamic Widget

Tuesday, January 25, 2011

Pinta ku...

Ya Allah.......
Jadikan kami di kalangan yang KAU pilih untuk mendampingi dan menjadi kekasihMU
Yang KAU ikhlaskan untuk memperolehi cinta dan kasihMU
Yang KAU rindui untuk datang menemuiMU
Yang KAU redhai untuk menerima qadhaMU
Yang KAU anugerahkan kebahagiaan melihat wajahMU
Yang KAU lindungi dari diusir dengan kebencianMU
Yana KAU sediakan kedudukan siddiq di sampingMU
Yang KAU istimewakan makrifatMU
Yang KAU arahkan untuk mengabdiMU
Yang KAU tenggelamkan hatinya dalam iradahMU
Yang KAU bangkitkan hasratnya akan kurniaMU
Yang KAU ilhamkan untuk mengingatiMU
Yang KAU dorongkan untuk mensyukuriMU
Yang KAU sibukkan dengan ketaatanMU
Yang KAU pilih untuk bermunajat padaMU
Yang KAU putuskan daripadanya segala sesuatu yang memutuskan hubungan denganMU

Ya Allah......
Jadikan kami dari kalangan orang yang dambaannya adalah mencintai dan merinduiMU
Nasibnya hanya merintih dan menangis
Dahinya sujud kerana kebesaranMU
Matanya terjaga dalam mengabdiMU
Air matanya mengalir kerana takut padaMU
Hatinya terikat pada cintaMU
Kalbunya terpesona dengan kehebatanMU

Wahai yang cahaya kesucianNYA bersinar dalam pandangan para yang mencintaiNYA
Wahai yang kesucian wajahNYA membahagiakan hati pada yang mengenaliNYA
Wahai yang dikejar kalbu para yang merindui
Wahai tujuan harapan para yang mencintai..

Aku memohon cintaMU
Dan cinta orang yang mencintaiMU
Dan cinta amalan yang membawaku kesampingMU

Jadikan Engkau lebih aku cintai daripada selainMU
Jadikan cintaku kepadaMU membimbingku pada keredhaanMU
Kerinduanku padaMU mencegahku dari maksiat kepadaMU
Tataplah diriku dengan tatapan kasih sayang
Jangan palingkan WajahMU dariku
Jadikan aku dari penerima anugerah dan kurniaMU.
Wahai pemberi Ijabah 
Ya Arhamarrahimin.

No comments:

Post a Comment