Powered by Blogger.
RSS

Islamic Widget

Saturday, January 29, 2011

Matinya Hati

     Assalamualaikum warahmatullah... Alhamdhulillah keberadaan saya di Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) merupakan satu anugerah Allah yg sangat mahal nilainya.. wang ringgit pun xmampu nak membayarnya....  saya bukan nak beritahu hebatnya tarbiyah yg ada di KTD nie... tp keprihatinan yg ditonjolkan dan dihidangkan kpd mahasiswa yang menuntut di kolej ini.... keprihatinan yg mcm mna?? of coz dari semua aspek keperluan kehidupan.... termasuk aspek rohani... inilah satu-satunya kolej yg prihatin dengan keperluan pembentukan sahsiah terpuji di kalangan setiap mahasiswa tanpa ada terkecuali... 
         Saya nak mengajak anda semua berfikir sejenak terutamanya adik2 yang belajar di KTD..... apa agaknya yang akan terjadi kepada diri kita jika kita tidak makan selama 3 hari ??.. agak2.. blh hidup tak?? kalau seminggu? sebulan? adalah mustahil untuk kita hidup melainkan dgn izin ALLAH SWT.. Bagaimana pula dengan hati kita? sudah berapa hari? berapa minggu? berapa bulan agaknya hati kita tidak makan? dengan menghadiri majlis2 ilmu? 
       Syukran kepada Allah, adik2 yg belajar di KTD patut bersyukur kerana KTD menyajikan majlis ilmu dua kali seminggu... inilah bentuk keprihatinan KTD.. dan rugilah bg mereka yg tidak rebut peluang ini. Maaflah, penulisan kali ini lebih tertumpu kpd adik2 yg belajar di KTD, sbb saya melihat satu kerugian bila terdapat ruang dan peluang yang diberikan untuk meningkatkan ketaqwaan kpd Allah tidak digunakan dengan sebaiknya, dan ini membuat saya rasa sedih...  Ramai terkadang tidak sedar atau terlupa dengan keseimbangan dua keperluan dalam diri kita. Kombinasi itu adalah kombinasi keperluan jasmaniah dengan keperluan rohaniah dan kedua-dua perlu seimbang. Sebagaimana jasad memerlukan makanan,dan hati memerlukan santapan rohani..
         Saya nak cerita sedikit, kalau di KTD Alhamdhulillah saya dapat manfaatkan masa yang ada untuk menghadiri majlis2 ilmu (pengisian rohani) hampir setiap hari, kecuali hari jumaat dan sabtu... nasib baik hari jumaat ada khutbah solat jumaat, sekurang2nya dapat juga hati ini makan.. Tp kita perlu ingat, santapan rohani bukan hnya menghadiri majlis2 ilmu, dengan berzikir dan membaca Quran juga merupakan makanan bagi hati.. Cuba lihat keadaan sekeliling kita, kenapa ramai lagi manusia-manusia yang masih tidak mempunyai halatuju kehidupan? hidup mereka seakan-akan hanya untuk dunia sahaja, mereka seolah-olah tidak yakin dengan kehidupan di akhirat kelak...yang lelaki dengan rempitnya, yang perempuan dengan lepaknya... kesian, dan sangat2 kesian.. Apa agaknya yang membuatkan mereka hilang halatuju? sudah pasti, kombinasi yang tidak seimbang dalam kehidupam mereka... mereka hanya melihat keperluan jasmaniah semata-mata.
         Beruntung bagi mereka yang berada dalam suasana tarbiyah islamiyah, dan suasana ini saya dapat rasakan di KTD.. Cuba perhatikan di kaca televisyen, terutamanya iklan-iklan, apa yang kita nampak? hampir separuh daripada iklan yang ada, mengiklankan set penjagaan badan  termasuk syampu dan sabun... semua ini semata-mata nak menjaga kebersihan fizikal.. Namun amat malang sekali, tidak ada iklan2 mengenai penjagaan kesihatan rohani seperti tip-tip mendidik jiwa, mengekang nafsu dan membersih kekotoran mazmumah di dalam diri manusia. Inilah hakikat kehidupan yang hnya fokus dan mengutamakan keperluan lahiriah. Ibnu Qayyim ada menyatakan " seorang alim ada menyebut, bukankah seorang yang sakit itu andai kata dihalang terus daripada mengambil makanan, minuman dan ubat, maka dia akan menemui kematian? Orang ramai menjawab, "Ya." .... Demikianlah akibatnya apabila hati terhalang daripada menerima ilmu dan hikmah selama tiga hari, maka akan matilah ia!." 
            Menurut syeikh Ibni Athoillah Iskandari: sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal suatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu perlanggaran dosa.. sebenarnya ada bnyak lagi tanda2  hati yang mati... Dan yang paling ketara adlah HUBBUN DUNIA( cintakan dunia). -Aku musafir Iman..

2 comments:

BERKAT ESHOP said...

Nice entri. Sama-sama kita berkelana sebagai musafir iman... DUNIA SEMAKIN DIKEJAR AKA SEMAKIN JAUH MENINGGALKAN KITA, TAPI BL AKHIRAT YANG KITA BURU, INSYAALLAH AKHIRAT DEKAT, DUNIA MAKIN MENGHAMPIRI....

aku musafir iman said...

nur ilham: benar..

Post a Comment