Powered by Blogger.
RSS

Islamic Widget

Monday, November 15, 2010

Ikhlas dan haramnya riyak

            Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan drp Umar r.a, dia berkata:" aku prnah mndgr Rasulullah SAW bersabda yg maksudnya: 


"sesungguhnya semua amalan perbuatan adlh dinilai mengikut niat dan setiap org dinilai dgn niatnya. Sesiapa yg berhijrah kpd Allah dan RasulNYA, maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kpd ALLAH dan RasulNYA. Sesiapa berhijrah untk mndptkan dunia atau wanita untk dikahwininya, maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu."


           Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya golongan manusia yg prtama akn diadili pd hari kiamat kelak ialah:


1) Orang yg mati syahid pada zahirnya. Orang trsbut dibicarakan lalu diperlihatkan kpdnya kenikmatan yg bakal diterimanya dan dia pun melihatnya. Akan ttp, lalu dia ditanya: ' apa yg telah engkau lakukan? Dia menjawab:' aku tlh berperang krna MU shngga trbunuh sbg syahid. 'ALLAH berfirman yg bermaksud: Engkau berdusta. Yg sbnrnya engkau brperang dgn niat spya engkau disebut sbg pahlawan dan engkau tlh pun mendapatkannya.' Seterusnya ALLAH memerintahkan kpd Malaikat spya org itu diheret pd mukanya shngga akhirnya dia dihumbankan ke dlm NERAKA.


2) Orng yg mempelajari ilmu islam dan mengajarkannya kpd org lain dan selalu membaca al-Quran. Orang ini pun lalu dibicarakan, lalu diperlihatkan kpdnya kenikmatan yg akan diterimanya dan dia pun melihatnya. Akan ttp, lalu dia ditanya:' Apa yg tlh engkau lakukan?. Dia menjawab:' Aku tlh mempelajri ilmu islam dan mengajarkannya kpd org lain dan slalu membaca al-Quran krna MU, Allah SWT berfirman yg bermaksud:: engkau berdusta. Yg sbnrnya engkau mempelajarinya spya engkau disebut sebagai qari dan engkau pun tlh mndapatkan semua itu. Lalu ALLAH memerintahkan Malaikat agar org tersebut diheret pada mukanya sehingga akhirnya dia dicampakkan ke dalam neraka.


3) Orng yg diberi kekayaan yg melimpah olh ALLAH. yg digunakan untk slalu bersedekah. Orang ini pun lalu dibicarakan, lalu diperlihatkan kpdanya kenikmatan yg bakal diterimanya dan dia pun melihatnya. akan tetapi, lalu dia ditanya: 'Apa yg tlh engkau lakukan dgn hartamu? Dia menjawab: Tiada satu kesempatan pun yg didalamnya engkau suka agar seseorg mengeluarkan sedekah padanya, melainkan aku bersedkah di dalamnya krna MU.' ALLAH berfirman:' engkau berdusta. Yg sebenarnya, engkau mengeluarkan sedekah tersebut dgn niat agar engkau dikatakan sbg seorg yg dermawan dan engkau pun tlh mndapatkan gelaran itu.' Seterusnya ALLAH memerintahkan kpd Malaikat agar org tersebut diheret pd mukanya shngga akhirnya dia dihumbankan kedalam NERAKA".


moga ALLAH sentiasa mengikhlaskan hati kita dlm berbuat suatu perkara agar ia dikira sbg amal kebajikan.....



No comments:

Post a Comment