Powered by Blogger.
RSS

Islamic Widget

Thursday, November 18, 2010

MERINTIS JALAN MENUJU ALLAH

              Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. pernahkah kita terfikir untk dekat dengan seseorg?? apa tindakan kita pd masa itu?? ana yakin, mesti perasaan ingin mengenalinya hadir terlebih dulu. Begitu juga dgn Cinta ALLAH... bila kita ingin dapatkan cinta Allah, sdh pasti kita ingin mengenali Allah dgn lbh mendalam lg.
                
              "Subhanallah, sesungguhnya Allah itu begitu dekat. Bahkan lbh dekat dr uart leher kita sndri. Namun tabir hati kerap dipalit jelaga2 dan kotoran2 yg menyelaputi pusat kepimpinan dalam diri kita, iaitu cahaya Ilahi. Akibatnya, kita tdk berasa dkt dgn Allah sama skali."


            Dalam usha mendekatkan diri kpd Allah, langkah utama yg perlu dilaksanakan adlh berusaha sdya upaya mgkin bg mengenal Allah. Mengenal Allah adlh mutiara yg begitu berharga dlm hidup ini. Kita perlu sedar keindahan cinta yg paling hakiki adlh semasa kita mencintai Allah. oleh sbb itu, tiang utama yg perlu dibangunkan olh seorg muslim adalah dgn makrifatullah(mengenal Allah). Orang2 yg sentiasa berusaha mengenali Allah, jaraknya dgn Allah hnya dipisah olh tabir yg kian menipis. Bagi org yg dekat dgn Allah, mrka dianugerahi rukyah shdidiqah iaitu pandangan hati yg benar.
             Makrifatullah adlh pengarah yg meluruskan orientasi hidup seorg muslim. Dia hidup bukan untk sesiapa, melainkan untk Allah semata2. Makrifatullah penting dlm memantapkan peribadi seseorg bg berubah kearah kebaikan. Dengan kata lain, perubahan drastik yg hakiki itu blh terjadi apabila seseorg  mmpnyai keyakinan jiwa yg kuat terpaut dgn khaliq(pencipta). Dengan kekuatan iman, seorg pengecut mampu berubah menjadi berani dan seorg pemalas menjadi bersemangat. oleh itu sesiapa yg ingin perubahan positif yg cepat dlm dirinya, kuncinya adlh keyakinan yg teguh dengan ALLAH. Dalam sebuah hadis Qudsi spt yg diceritakan olh Bukhari, Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu HIbban dan al-Hakim. ALLAH menjelaskan  yg bermaksud, "Aku bersama hambaKu selama dia mengingatiku dan selama mana kedua-dua bibirnya msh bergerak menyebut namaKU."
             Oleh itu, penampilan utama dalam meraih TAQQARUB iaitu perasaan dekatnya dengan ALLAH adlh dgn mencari jalan menuju redhaNYA. segala aktiviti atau amalan yg kita lakukan mesti tertuju kpd redha Allah.. Hnya insan yg betul2 mgharap petunjuk dr Allah akan beroleh kebaikan dan ganjaranNYA. moga kita tergolong dlm kalangan org2 yg sentiasa mgharap keredhaan Allah dan menjadi hamba yg besyukur atas segala nikmat yg diberi...

No comments:

Post a Comment