Powered by Blogger.
RSS

Islamic Widget

Friday, March 18, 2011

Flashback....



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...


      Segala puja dan puji buat Mu ya Allah, Tuhan semesta alam yang telah memimpin dan membimbing diri ini ke arah kebenaran. Terima kasih ya Allah, di atas segala-galanya, di atas nikmat keislaman dan keimanan, di atas segala kesempatan ruang dan peluang untuk melakukan kebaikan dan kebajikan. Ya Allah sungguh hamba Mu ini tidak berupaya untuk sampai kepada hakikat syukur itu tanpa hidayah dan taufik daripada Mu. Ya Allah tolonglah hamba Mu ini untuk sentiasa mengingati Mu dan mensyukuri segala nikmat Mu serta mengelokkan ibadah kepada Mu ya Rabb. 

       Saat mata ini sayu ingin menutup kelopaknya, hati ini terdetik untuk mencoret sesuatu di laman blog ini. Ntahlah.... kali ini saya nak kongsi sedikit dengan apa yang saya dapat sepanjang permusafiran ini. Pernah tak kamu terfikir tentang sesuatu yang kamu rasakan, kamu adalah orang yang dipilih? terpilih untuk melakukan kebaikan?? Saya pernah merasakannya.... saya bukannya nak bangga atau riak dengan kehadiran perasaan ini, tapi sekadar perkongsian atas nikmat Allah yang patut kita syukuri. Pernah sekali seorang sahabat bertanyakan kepada saya tentang kehidupan hari ini.... dia mengatakan kepada saya, "Akhi.... pernah tak  rasa yang kita ni bertuah terpilih untuk berada di jalan ini?" pada mulanya saya tak faham apa yang dimaksudkan oleh sahabat ini.. saya minta sahabat ini perjelaskan, dia mengatakan " cuba bayangkan, jika kita tidak berada di sini(KTD), adakah kita akan jadi seperti sekarang??.... hati ini tersentuh dengan kata-kata sahabat ini, saya terus membayangkan keadaan diri saya 3 tahun yang lalu, hidup penuh dengan kejahilan, masa yang ada banyak dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Persoalan sahabat ini saya hanya balas dengan senyuman.. Sahabat ini menyambung lagi, "di sini baru kita faham makna hidup, di sini ada tarbiyah, di sini ada orang yang sentiasa mendorong kita untuk melakukan kebaikan..... kalau dulu (di sabah) kita lebih banyak bermain dari menghadiri majlis-majlis ilmu. "

        Fikiran ini terus menerobos memori-memori lama untuk diimbas kembali.. Kalau di sini(KTD) solat terjaga.. tak macam dulu... saya ingat lagi, masa umur dalam lingkungan 10 tahun, masih tak reti nak solat, tak ada seorang pun yang nak ajar, sampailah satu keadaan saya terjumpa buku panduan solat dalam bilik pekerja ayah. Setiap hari saya akan curi-curi masuk ke dalam bilik pekerja untuk mempelajari solat melalui buku itu.. kadang-kadang saya rasa sedih bila ingat memori-memori itu.. dan kekadang pula saya gelak sendiri membanyangkan diri ini sangat jahil pada ketika itu... Di sini juga(KTD), baru saya nampak bertapa pentingnya belajar ilmu agama ,  Pernah timbul rasa cemburu dalam diri kerana melihat sahabat-sahabat saya yang petah berbicara tentang agama. Mereka hebat dalam menyampaikan kuliah-kuliah subuh atau magrib.. mereka dah biasa dengan semua ini, kerana sejak kecil lagi mereka telah didedahkan dengan ilmu agama. Sekali lagi, fikiran ini menangkap satu memori lampau, di mana saya pernah dimarahi oleh seorang ustaz kerana tak boleh membaca tulisan "jawi" yang tertulis di papan hitam, saya balik rumah dalam keadaan malu dan saya merasakan semua ini berpunca dari mak saya, saya meluahkan rasa tidak puas hati terhadap mak, saya  marah  mak kerana tidak memasukkan saya ke sekolah agama. ermmm kesian mak yang tak tahu apa-apa jadi mangsa kemarahan ini.

         Kalau nak diimbas kembali kehidupan hari ini dengan kehidupan lampau, memamg terlalu banyak perbezaan, cukuplah hati ini merasakan bertapa nikmatnya bila terpilih untuk melakukan kebaikan. Seorang pakcik pernah mengatakan kepada saya " kalau kita tidak mahu menerima tanggungjawab mengajak manusia ke arah kebaikan, Allah akan memilih orang lain untuk menggantikan tempat kita". Ya Allah, kedua tapak tangan ini menadah untuk memohon keampunan, kemaafan dan keredhaan dari Mu. Ya Allah diri yang kerdil ini memohon kepada Mu agar diikhlaskan hati ini, dibersihkan niat, dikurniakan ilmu yang bermanfaat, agar bila dijemput pulang nannti dalam Husnul Khatimah.. Ameen...-Aku Musafir Iman.

No comments:

Post a Comment