Powered by Blogger.
RSS

Islamic Widget

Thursday, September 8, 2011

pulau mabul

Sabah tanah airku
Negeri kita yang tercinta
Pemuda, pemudi,
Semua marilah,
Bangunlah bersatu semua...


erm.. saja nak promote Sabah.. Permusafiran saya kali ini ke Pulau Mabul... Jom ikuti perkembangan sehari di Pulau Mabul...


> TAMAN-TAMAN AIR SEMPORNA..... tempat ni memang cukup menarik, bagi mereka yang suka melancong dan berpeluang datang ke Sabah boleh la singgah di sini, Tempat ini, menjadi tumpuan pelancong sama ada dari dalam mahupun dari luar negara kerana tempat ini menjadi stesen bot2 untuk membawa pengunjung melihat keindahan pulau-pulau disekitar SEMPORNA termasuk PULAU SIPADAN.

> kalau sahabat2 diluar sana berhajat nak datang beramai2 blh lah menaiki bot kayu ini coz memuatkan 30 orang.... Jgn risau, bot ini dilengkapi jaket keselamatan... (^_^)

> ini salah satu bntuk resort yang ada di PULAU MABUL... cantikkan?? datanglah sini...

> Alif Ya Mim = BUAYA..... hehe, melihat tempat ini teringat filem pendekar bujang lapok... Tapi ini sebenarnya adalah madrasah yang dibina oleh penduduk kampung yang berada di PULAU MABUL.. nampak usang, tapi semangat anak2 di sini untuk menuntut ilmu begitu tinggi.. sempat juga saya beramah mesra dengan mereka, dan hampir semua mereka bercita-cita untuk menjadi tenaga pengajar suatu hari nnt di pulau ini..

> Subhanallah.... inilah keindahan pantai dan laut di PULAU MABUL.. sangat mempersonakan.... apa tunggu lagi... datanglah sini.... kalau tak ada guide, saya blh tlg carikan.. hehe.

No comments:

Post a Comment