Powered by Blogger.
RSS

Islamic Widget

Monday, February 28, 2011

Kalau lah mereka faham...

            Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


       Hati ini rasa gentar setiap kali mendengar perkataan AMANAH.. entahlah, kekadang bibir ini susah nak sebut perkataan amanah... saya takut bibir ini akan dipersoalkan kelak.. Tapi pelik juga, jarang sekali orang menyedari bahawa amanah yang dipikul olehnya adalah satu tanggungjawab yang berat.. sanggup menerimanya dengan tenang tanpa memandang akibatnya. Jika ditunaikan dengan baik InsyaALLAH akan mendapat bantuan dari Allah, dan sekiranya amanah ini diabaikan, maka tunggulah balasan dari Allah.


     "sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah (Kami) kepada langit dan bumi, dan gunung ganang untuk memikulnya, maka mereka enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya dan dipikul oleh manusia, sesungguhnya manusia itu amat suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan" [Al-Ahzab:72]


       Semalam, hati kecil ini menangis bila mendengar seorang pakcik (pak guard) bercerita tentang amanah.. pakcik yang selama ini saya kenal dengan jenakanya, pakcik yang selalu membuat student rasa happy dengan cerita-cerita lawaknya.. tapi tak sangka, tiba-tiba pakcik ini hadir dalam membantu saya menyelesaikan satu masalah. Dia menceritakan makna tanggungjawab dan amanah itu sangat berat untuk dipikul.. Detik kesedihan ini berterusan apabila melihat pakcik ini mengeluarkan air matanya sambil bibirnya masih mengatakan tentang amanah.. Pakcik ini benar-benar telah menyentuh hati saya.
      
      Wahai adik-adik yang disayangi... mengapa kamu masih tidak jelas keberadaan kamu di KTD?? mengapa kamu masih tidak faham?? memang benar apa yang kamu luahkan, kamu merasa dikongkong, kamu merasa keberadaan kamu di KTD sentiasa dimata-matai, sehingga kamu merasakan wujud penjara dunia disekeliling kamu.. Amat sedih sekali bila ada yang mengatakan " kami dah besar la bang, kami tahu lah nak jaga diri kami, tak perlu lah sibuk dengan hal kami" "kami buat salah, so.... kenapa perlu libatkan mak bapa kami??" " kami ada hak, suka hati kami lah, kami nak buat apa" "saya tak peduli apa yang bapa saya buat, saya tak peduli pun apa pekerjaannya, yang saya tahu dia perlu laksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa"....   Astaghfirullah, hati ini macam dipukul oleh sesuatu objek yang berduri, sangat dan sangat sakit rasanya hati ini. Namun kesakitan ini ditutup oleh rasa sedih yang amat sangat.
  
      Saya masih tak habis fikir, mengapa mereka sanggup mengatakan sedemikian, tak cukupkah tarbiyah yang ada di KTD ini?? hinggakan mereka masih  tak faham akan keberadaan mereka di sini. Wahai adik-adikku, tahu kah kamu apa makna amanah itu?? pernahkah kamu fikir amanah kamu terhadap ibu bapa kamu?? Kalau kamu betul-betul faham, saya yakin, kamu tidak akan memperkatakan sedemikian.. Adik-adikku, amanah inilah yang membuatkan kami tidak pernah tenang... amanah inilah yang membuatkan kami sentiasa mengawasi kamu, dan amanah inilah yang sering kami utarakan kepada kamu.. Kerana kami sedar, amanah ini adalah tanggungjawab yang mesti dipikul dengan sebaiknya. Kerana kami faham, amanah ini adalah penghubung kami dengan kamu, dan kerana kami mengerti amanah inilah yang akan dipersoalkan di akhirat kelak... -Aku Musafir Iman-

Tuesday, February 15, 2011

KTD di HATI KAMI


  Assalamualaikum warahmatullahi wabarahkatuh....


        Alhamdhulillah, segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selayaknya dan selama-lamanya tubuh yang kecil ini sentiasa tunduk dan patuh kepada perintah dan suruhan Allah SWT. Mensyukuri atas nikmat yang tidak pernah diminta balasan mahupun bayaran... Pejam celik, pejam celik, dah hampir 3 tahun keberadaan saya di Kelantan.. Terasa peredaran masa ini terlalu cepat, kekadang saya merasakan ianya tidak adil, kerana kesedaran ini datang lambat.. kesedaran yang membuatkan saya bersemangat untuk terus menuntut ilmu. Namun apakan daya, ini adalah semester akhir bagi diri saya untuk menimba ilmu sebanyak mungkin di Kolej Teknologi Darulnaim.
         
         Saya memilih tajuk "KTD di HATI KAMI" ini kerana banyak perkara yang ingin saya kongsikan bersama, terutamanya kepada adik-adik yang masih belajar di KTD dan juga adik-adik di luar sana yang dalam dilema untuk memilih institusi bagi meneruskan pembelajaran. Sebenarnya, adalah sukar bagi saya untuk menterjemahkan dalam bentuk penulisan berkenaan apa yang saya rasa sepanjang berada di KTD. Nama KTD dah sinonim dengan Kolej Tarbiyah Dakwah atau Kolej Terbaik Dunia. Kalau ada seseorang yang bertanyakan kepada saya....." sejauh mana tarbiyah dan dakwah yang ada di KTD?" saya akan menjawab... " sejauh umur yang dibekalkan untukmu". Saya merasakan cukup bertuah dapat belajar di sebuah Kolej yang dibekalkan dengan suasana yang unik. keunikannya terserlah melalui keprihatinan pengurusan kolej yang menyeimbangkan aspek rohani dengan kehidupan material..
         
           Sebelum saya memasuki kolej ini, saya sering mendengar daripada senior-senior yang mengatakan kolej ini merupakan kilang..... ya... kilang... kilang yang memproses manusia. Memproses manusia daripada yang kurang jahil kepada yang lebih bertamadun. dan daripada yang berpelajaran kepada manusia yang berilmu.  Dengan kata lain..... "ZERO to HERO".  Wahai adik-adikku yang masih baru, dan masih tidak nampak akan kebaikan yang ada di  KTD ini.... jangan takut..... tapi bersyukurlah, kerana Allah memilih adik-adik belajar di tempat yang betul. Saya yakin kebenaran itu pasti akan membuka mata hati adik-adik untuk melihat kebenaran seperti yang bibir ini ucapkan.
       
          Saya pernah berkata kepada adik-adik pelajar sabah dan sarawak, "cubalah bertahan untuk satu semester dulu" sebab saya nak adik-adik tahu matlamat sebenar perjuangan kehidupan kita. KTD ini, banyak membantu saya untuk menjadi lebih matang dalam melaksanakan apa jua bentuk kerja yang di amanahkan. Semasa saya mengikuti satu kursus selama 3 hari.. seseorang yang amat saya kagumi pernah berkata kepada saya.. " Saya tidak mampu untuk mengubah Sabah, bahkan kamu pun tidak mampu mengubahnya, melainkan anak-anak sabah ini di bawa ke KTD dan diproses, kemudian di hantar semula ke Sabah. Hal inilah yang mendorong semangat saya untuk terus berkhidmat membantu membuat pemasaran KTD di Sabah.
            
            Wahai adik-adik Sabah dan Sarawak yang menuntut di KTD...... kita tidak mampu nak mengubah negeri kita masing-masing... Tapi, insyaAllah kita mampu untuk mengubah taraf hidup dan pemikiran masyarakat ke arah yang lebih baik dengan adanya bekalan tarbiyah yang kita perolehi semasa menuntut di KTD.  Mungkin sekarang adik-adik tidak jelas mengenai hal ini, tapi saya yakin, adik-adik akan dapat merasainya bila adik dah tamat belajar di KTD..  " Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan merekalah yang mengubah apa yang ada dalam diri mereka"
              
             Berat rasanya hati ini untuk meninggalkan KTD, kerana banyak mutiara-mutiara dakwah yang belum saya kutip dan miliki sebagai persiapan kelak.. Namun, ini bukanlah alasan untuk saya tidak meneruskan dakwah di tempat sendiri.... Saya tidak mahu melihat anak muda khususnya ditempat kelahiran saya hilang arah tuju. Matlamat mereka tidak jelas.. hidup mereka penuh dengan kejahilan.. Ingatlah adik-adik sekalian, mengajak manusia ke arah kebaikan adalah lebih baik dari dunia dan seisinya... cukuplah hanya Allah yang menilainya... kerana saya yakin Allah pasti mempermudahkan setiap urusan hambaNYA yang sentiasa inginkan kebaikan dan membantu menegakkan agama Allah.. Dan kebaikan yang jelas matlamatnya ada pada KOLEJ TEKNOLOGI DARULNAIM.... KTD di HATI KAMI. - Aku Musafir Iman..

Ya Allah.. pilihlah hati ini....

      Assalamualaikum warahmatullahi wabarahkatuh... Salam maulidur rasul buat semua umat islam yang masih mengingati tarikh kelahiran junjungan besar dan kekasih Allah ini.. Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah semakin bertambah.. semoga kita tergolong dalam kalangan orang2 yang mendapat syafaat baginda Nabi Muhammad SAW. Hari ini saja, terdapat banyak tempat yang menyambut maulidur rasul... ada yang menyambutnya dengan perarakan, ada juga yang mengadakan program-program yang berbentuk tarbiyah. Ada yang mengadakan ceramah-ceramah berkenaan sirah Rasulullah di masjid-masjid dan surau-surau.  Semua ini semata-mata untuk mengingati baginda, untuk meluahkan rasa cinta kepada Rasulullah..
      Tapi adakah percintaan ini akan kekal? atau semakin pudar setelah siang berganti malam? . Sebut saja pasal cinta mesti saudara-saudara dah expert tentang cinta, biasanya di kalangan anak muda yang cintanya disalurkan ke jalan yang tidak diredhai. Hari ini, kalau ditanya dikalangan anak muda apa itu CINTA? mesti mereka mengatakan SAYANG, KASIH, COUPLE dan apa saja yang berkaitan dengan hati. Jadi bagaimana untuk kita mengekalkan rasa kasih dan rasa sayang kita kepada Rasulullah? kalau kita lihat orang yang sedang dilamun cinta, pasti dia akan sentiasa menyebut-nyebut dan mengingati apa yang dicintainya..
     Wahai saudara ku.. begitu juga dengan cinta kita kepada Rasulullah, kita wajib mengingati dan mengucap selawat ke atas baginda. Tapi kalau hanya ucapan saja, saya sendiri tidak yakin cinta kita akan kekal selamanya. Tapi saya yakin, selain cinta ALLAH yang lebih utama, cinta kepada baginda akan terus tersemat di dalam sanubari kita jika kita mengikuti sunnah Rasulullah SAW. Kita cuba ikut cara hidup nabi dalam bentuk dirinya, cara hidup nabi dalam keluarga, cara hidup nabi dalam masyarakat, dan cara hidup nabi ke atas ummah sekaliannya.

.لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُوْلِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللهَ وَالْيَوْمَ اْلآخِرَ وَذَكَرَ اللهَ كَثِيْرًا

sesungguhnya pada diri Rasulullah ada teladan yang baik bagimu, iaitu orang yang mengharap Allah dan hari akhir serta banyak berzikir kepada Allah.

      Bukan itu saja, kita juga perlu mengikuti amalan-amalan yang disukai oleh Rasullah. Seperti menjaga, memelihara dan meraikan anak-anak yatim, memberi makan orang-orang yang susah, menasihati orang yang lupa dan bnyak lagi amalan-amalan yang disukai oleh baginda Rasulullah. Begitu juga dengan perkara-perkara yang tidak disukai oleh Rasulullah perlulah dihindari dan dijauhi. 

       Moga Allah memilih hati-hati kita untuk diberikan perasaan cinta dan sayang kepada Rasulullah dan melaksanakan setiap ajaran yang dibawa oleh baginda Nabi Muhammad SAW. -Aku Musafir Iman

Sunday, February 13, 2011

Pendakian Gunung Tebu

     Alhamdhulillah, dengan izin Allah Program Rekreasi Fasilitator KTD telah berjaya mencapai matlamatnya. Program ini adalah bertujuan membina keyakinan diri serta memantapkan ketahanan tubuh badan selaras dengan 10 ciri-ciri seorang mukmin dan salah satunya adalah "sihat tubuh badan". Program ini adalah rentetan daripada Program pimpin 1&2. Namun kali ini berbeza sedikit, dimana fasilitator diuji ketahanan fizikal dan mental melalui Program pendakian Gunung Tebu yang bermula pada 10 FEB hingga 12 FEB. `Walaupun pada mulanya ramai yang tidak bersetuju kerana tidak yakin dengan kemampuan diri untuk menawan puncak Gunung Tebu (Terengganu),  tp Alhamdhulillah seramai 60 orang peserta termasuk staf pengiring dipilih oleh Allah untuk mengikuti program ini.


LAGU TEMA


menapaki langkah-langkah berduri
menyusuri rawa, lembah dan hutan
berjalan diantara tebing jurang
semua dilalui demi perjuangan
letih tubuh di dalam perjalanan
saat hujan dan badai merasuki badan
namun jiwa harus terus bertahan
karna perjalanan masih panjang
kami adalah tentara Allah, siap melangkah menuju ke medan juang
walau tertatih kaki ini berjalan
jiwa perindu syahid tak akan tergoyahkan
wahai tentara Allah bertahanlah,,
jangan menangis walau jasadmu terluka
sebelum engkau bergelar syuhada
tetaplah bertahan dan bersiap siagalah


Hari Pertama

        Bertolak dari KTD pada jam 6.00pm dan tiba di Lata Belatan pada jam 9.00pm.



     Keletihan perjalanan menuju Lata Belatan hilang serta merta kerana peserta disajikan dengan pengisian hati (jalan-jalan dakwah) oleh pakcik Rosdi yang kami anggap sebagai seorang ayah di KTD.



sebahagian peserta yang khusyuk mendegar tazkirah yang disampaikan oleh pakcik Rosdi.

Hari Kedua

semua peserta bersiap sedia dengan melakukan sedikit "warming up" sebelum memulakan pendakian.


semangat para peserta menyanyikan lagu tema.


barisan kepimpinan siswa yang berjaya sampai ke puncak




barisan kepimpinan siswi yang berjaya sampai ke puncak

    Alhamdhulillah dan tahniah kepada semua peserta fasilitator yang berjaya menawan puncak gunung tebu, moga kekuatan yang dibina semasa pendakian baik dari segi mental, fizikal dan rohani dapat diaplikasikan dalam meneruskan kerja-kerja islam sebagai seorang pemimpin atau daie.. Yakinlah dengan janji-janji Allah..
-Aku Musafir Iman

Tuesday, February 8, 2011

Hati ini Berasa Takut....

        Salam'alaik.. Alhamdhulillah, segala puji hanya bagi Allah yang masih memberi nikmat2 kehidupan secara percuma ini.. selayaknya kita sebagai hamba yang kerdil memanjatkan rasa syukur kerana hingga ke hari ini kita dapat merasai dan menikmati segala nikmat yang Allah beri. Selawat dan salam keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW, juga kepada keluarga Baginda, sahabat2 Baginda serta pejuang2 islam yang masih bertebaran di atas muka bumi Allah ini demi menegakkan Din ALLAH SWT...
         Saudara-saudara yang yang dirahmati ALLAH, bagaimana keadaan dunia hari ini? dunia hari ini penuh dengan pergolakan yang tidak pernah putus... setiap hari ramai nyawa yang terkorban, setiap hari, ramai anak-anak kecil yang kehilangan ibu bapa, setiap hari juga islam semakin ditindas.... di mana keberadaan kita hari ini?? adakah kita merasai kesengsaraan dan ketakutan seperti saudara-saudara kita di luar sana?. Baru- baru ini, pergolakan MESIR pula yang berlaku, di mana rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap pemimpinnya. Sedih melihat negara-negara islam yang berada dalam keadaan kekacauan.. Di mana keteladanan seorang pemimpin itu? tidakkah mereka takut dengan ayat-ayat al Quran yang banyak menceritakan tentang kepimpinan?
   Allah berfirman dalam surah as-Saff ayat 2-3 yang bermaksud:


"wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan."


              Hati saya berasa gentar dan takut setiap kali membaca ayat ini. Saya takut keberadaan saya dalam badan pimpinan ini. Takut kalau-kalau perkataan yang selama ini dilontarkan, namun tidak dikerjakan. Saya takut, termasuk dalam kalangan orang yang dibenci oleh Allah SWT. Sahabat-sahabat di luar sana yang terlibat dalam badan pimpinan, sama ada pimpinan besar atau kecil, cuba kita renung seketika kalamullah itu, apalah erti hidup kita jika kita termasuk orang-orang yang dibenci Allah.. Layakkah kita digelar pemimpin jika apa yang selama ini kita perkatakan tapi sedikitpun tiada usaha untuk melaksanakannya.