Powered by Blogger.
RSS

Islamic Widget

Saturday, May 7, 2011

Dialog antara Mata dan Hati

     Assalamualaikum.... moga saudara2 sentiasa berada dalam rahmat Allah... dan hanya rahmat Allah sahaja yang dapat menyelamatkan kita dari azab neraka...

Sudah lama rasanya jari-jari ini tidak menulis sesuatu di ruangan ini, bukan disebabkan masa tidak mengizinkan, tapi ada perkara yang lebih utama yang perlu saya lakukan.. Alhamdhulillah, pagi tadi saya sempat menjangkau satu buku di atas meja yang mana buku ini banyak menceritakan tentang hati.. seperti biasa saya akan sambung pembacaan dari setiap helaian muka surat ke helaian yang lain sehingga sampai pada satu tajuk iaitu antara HATI dan MATA.. saya sangat tertarik dengan tajuk ini, mungkin disebabkan penceritaan ini ada kena mengena dengan diri saya dan mungkin juga pada diri saudara-saudara..
      
       Saudaraku.... mata adalah penuntun, dan hati adalah pendorong dan penuntut, yang pertama memiliki kenikmatan pandangan, dan yang kedua memiliki kenikmatan pencapaian. Dalam dunia nafsu, keduanya merupakan sekutu yang mesra. Namun kedua-duanya akan saling mencela dan mencaci bila tiba satu kesulitan atau ujian. 

      HATI berbicara kepada MATA... "kau telah menyeretku kepada kebinasaan dan mengakibatkan penyesalan kerana aku mengikuti mu hanya beberapa saat sahaja. Kau lemparkan jelingan mata mu ke taman itu, kau mencari kesembuhan dari kebun yang tidak sihat.. Kau tidak peduli dengan firman Allah "hendaklah mereka menahan pandangannya" Kau menyalahi sabda Rasulullah SAW " Memandang wanita adalah panah beracun dari berbagai panah Iblis. Barangsiapa meninggalkannya kerana takut kepada Azza wa Jalla, maka Allah akan memberi balasan iman kepadanya, yang akan merasakan kelazatan di dalam hatinya"... Wahai MATA, siapa lagi yang lebih tercela melainkan mereka yang terkena panah beracun? Apakah engkau tidak tahu bahawa tidak ada yang lebih bahaya bagi manusia selain mata dan lidah? Tidak ada kerosakan yang lebih banyak daripada kerosakan yang disebabkan oleh mata dan lidah.. Berapa banyak kerosakan yang disebabkan oleh mata dan lidah? berapa banyak sumber kehinaan yang muncul kerana mata dan lidah? sungguh kau betul-betul mementingkan diri-sendiri dan penyebab kehinaan yang berpanjangan..

       MATA berbicara kepada HATI..... " Wahai hati, kau zalimi aku sejak awal hingga akhir. Kau kukuhkan dosaku zahir dan batin. Padahal aku hanya utusanmu yang selalu taat dan penuntun yang menunjukkan jalan kepadamu". Engkau adalah raja yang ditaati. Sedangkan kami hanyalah rakyat dan pengikut untuk memenuhi hajat dan keperluanmu. Jika kau suruh aku untuk menutup pintuku dan menjulurkan hijabku, pasti akan aku lakukan dengan senang hati.. Wahai HATI.... lupakah engkau dengan sabda Rasulullah SAW?? " "Sesungguhnya, di dalam tubuh manusia ada segumpal darah, jika ia baik, maka seluruh tubuh akan jadi baik. Jika ia rosak, maka rosaklah pula seluruh tubuh itu. Ketahuilah segumpal darah itu adalah HATI."
      Wahai HATI..... engkau lemparkan kesalahan mu kepadaku yang tidak berdaya... sedangkan bencana yang menimpa mu kerana engkau tidak memiliki cinta Allah, tidak menyukai dzikir kepadanNYA, tidak menyukai firmanNYA, engkau beralih kepada yang lain selain dariNYA.. engkau lebih mencintai yang lain selain dariNYA.. padahal engkau telah mendengar banyak kisah pengingkaran Bani Israel yang akhirnya dilemparkan azab kepada mereka. Wahai HATI... apa lagi yang ingin engkau sangkalkan?? 
      Antara dosaku dan dosamu di tengah manusia ibarat antara kebutaanku dan kebutaanmu.. tapi harus kau ingat..... "sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta itu adalah hati di dalam dada"[al-Hajj:46].

2 comments:

reza aconk said...

blog anda bagus>>>

saya ajungi jempol!!!!



dan saya hanya sekedar mampir ya sekalian blogwalking!!!



jika bernit liat blog saya kunjungin balik jja!!!!

aku musafir iman said...

insyaAllah akhi..

Post a Comment