Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.....
Alhamdhulillah, segala puji hanya milik Allah, Tuhan Semesta alam yang memimpin dan membimbing diri ini ke arah kebenaran. Terima kasih Ya Allah atas nikmat IMAN dan ISLAM. Ya Allah, atas nikmatMu inilah hamba yang kerdil ini mengenali erti syukur. Ya Allah, sungguh hamba Mu ini tidak akan sampai kepada hakikat syukur itu tanpa hidayah dan kasih sayang Mu.
Satu persoalan yang hingga ke hari ini berlegar-legar dibenak fikiran... persoalan yang baru saja diajukan oleh seorang yang saya anggap sebagai ayah... seorang yang saya anggap sebagai daie murabbi dan Seorang yang saya anggap kaunselor hati... “APA ISTIMEWANYA DIRI KITA INI SEHINGGA ALLAH NAK BERIKAN SYURGANYA”... persoalan inilah yang membuatkan hati ini tergoncang.. Persoalan ini jugalah yang membuatkan jiwa ini tidak tenang bila mengingatinya... dan persoalan inilah yang membuatkan air mata ini mengalir.. ADA APA DENGAN DIRI INI??
Nak kata diri ini kuat beribadah?, orang diluar sana lebih ramai yang habiskan sisa umurnya dengan beribadah, nak kata diri ini selalu berbuat amal kebajikan? Ramai lagi di luar sana yang sentiasa berbuat kebajikan.... Nak kata diri ini seorang yang pemurah? Mereka di luar sana lebih ramai yang berjiwa pemurah... Ya Allah, sungguh keagungan, kebesaran dan kekuasaan itu hanya milik Mu. Diri ini hanyalah seorang hamba yang sering melakukan dosa, yang serba lemah, yang amat jahil dan fakir lagi serba kekurangan... Hanya engkau saja ya Allah yang memiliki sifat kesempurnaan...
Hati dan jiwa ini yang sering terkandas dan terkulai dalam menongkah arus kehidupan, hati dan jiwa ini yang selalu ditewaskan oleh hawa nafsu, hati dan jiwa inilah yang sering tersungkur oleh amukan syahwat dan jiwa ini jualah yang kekadang terikat oleh biskan syaitan.. “setiap anak adam itu berdosa, dan sebaik-baik orang yang berdosa ialah yang memohon taubat kepada Tuhannya.” Ya Allah, hamba Mu ini benar-benar mengharap Syurga Mu, Walaupun saya sedar ya Allah, saya tidak layak ke sana dan menikmatinya kerana dosa yang tidak pernah lekang dari jasad dan hati. Andai kata dosa-dosa ini dijelmakan seperti debu-debu.. pasti jasad dan hati ini ditelan dan diliputi oleh debu-debu dosa itu.. Ya Allah, saya tidak tahu di mana keistimewaan diri ini untuk Kau berikan syurga Mu... Namun doa dan hajat untuk memilki syurga Mu tidak akan putus dari luahan hati dan jiwa yang tandus ini.. YA ALLAH, SESUNGGUHNYA SAYA TIDAK LAYAK UNTUK SYURGA MU, MALAH SAYA JUGA TIDAK SANGGUP YA ALLAH KE NERAKA MU- Aku Musafir Iman.....
No comments:
Post a Comment