Powered by Blogger.
RSS

Islamic Widget

Tuesday, May 24, 2011

Exam Kehidupan


       Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..  Alhamdhulillah, selayaknya rasa syukur kita kepada Allah SWT tidak pernah putus dan jemu diucapkan..Kerana Fitrah seorang hamba itu adalah yang sentiasa mengucapkan syukur atas  nikmat yang diberikan.. Nikmat kehidupan ini begitu bermakna bagi setiap orang-orang yang beriman yang sentiasa mencari redha Allah sebagai bekalan di akhirat kelak. Oleh sebab itu segala ruang dan peluang yang Allah berikan ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya.
      Firman Allah dalam Surah Al-Asr yang bermaksud:
           " Demi masa"
           " Sungguh manusia berada dalam kerugian"
           " Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan   
              kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran
              dan saling menasihati untuk kesabaran"

Jelaslah manusia itu selalu rugi, rugi kerana tidak manfaatkan masa yang diberi. Setiap kali saya membaca surah ini, pasti terdetik di hati, "hari ini berapa jam saya bazirkan masa?" . Menurut Imam Al Ghazali, perkara yang paling jauh itu adalah MASA... kerana masa itu tidak boleh diundur walaupun sesaat atau sedetik.. Dalam surah ini juga menyebut ada tiga golongan yang terhindar dari kerugian masa iaitu orang yang beriman, orang yang mengerjakan kebajikan dan orang yang sentiasa berpesan-pesan kepada kebaikan. 
            Sebenarnya dalam kehidupan kita ini telah banyak pembaziran masa yang telah kita lakukan, baik dalam keadaan kita sedar atau pun tidak sedar. Contoh paling mudah, yang acap kali berlaku pada seorang pelajar atau mahasiswa yang sedang menuntut ilmu.. Bila minggu pertama study, hampir semuanya Rileks ,santai... Seolah-olah tidak ada apa-apa yang dikhuatirkan.. Maklum exam lambat lagi. Tapi bila bahang exam kian terasa dan semakin hampir, keadaan bertukar dari yang rileks, bertukar menjadi busy, dari yang santai bertukar menjadi gelisah... rasa takut itu hadir dengan sendirinya... takut nak masuk dewan, takut nak tengok kertas soalan, rasa takut kalau nanti soalan tidak dapat dijawab.. Maka pada saat ini baru terasa masa itu sangat penting, baru sedar selama ini pembaziran masa telah banyak dilakukan.. Saya jadi teringat dengan seorang kawan yang suka belajar last minute.  Dia mengatakan kepada saya, "kenapa masa ini mencemburui?" .. saya gelak dalam hati mendengar pertanyaan itu. Masa itu ada perasaan kah? kalau masa itu ada perasaan, sudah lama masa itu akan memberi respon kepada kita disaat kita melakukan perkara yang sia-sia. 
           Sahabat-sahabat seperjuangan yang di kasihi, Peperiksaan akhir semster ini merupakan salah satu exam kehidupan di dunia yang perlu kita tempuhi dan harungi sesuai dengan title kita sebagai seorang pelajar. Nak tak nak, kita kena tempuhi juga. Kita kena persiapkan diri untuk menghadapinya. Cuba kita buat perbandingan exam masa study ini dengan exam kehidupan sebenar untuk kembali kepada Allah.... Kalau exam masa study ini masanya telah ditentukan, tapi exam kehidupan sebenar tidak... kita tidak tahu bila masa akan diberhentikan, selagi kita bernyawa dan masih hidup selagi itulah kita berada dalam peperiksaan kehidupan yang sebenar. Kalau exam masa study, kita akan diuji dalam ruang atau medium yang kecil, hanya dalam dewan peperiksaan, tapi kalau exam sebenar, kita akan diuji dalam ruang lingkup yang lebih luas, tidak ada keterbatasan tempat.. Di mana kita berada, dan di situlah kita menjalani peperiksaan.. Exam masa study juga, hanya ada beberapa pengawas yang menjaga dan memerhatikan tingkahlaku kita semasa exam bermula. Tapi berbeza dengan exam kehidupan sebenar, setiap orang akan ada dua pengawas yang sentiasa meninjau dan mencatit setiap perkara yang kita lakukan sepanjang tempoh exam kehidupan kita. Dan yang paling penting, kalau exam masa study, gagal masa study boleh repeat, tapi exam kehidupan sebenar, kalau kita gagal, tidak ada jalan lagi, no excuse! untuk kita kembali ke dunia lagi.
           Apa yang  ditunggu lagi? Jangan buang masa dengan perkara yang sia-sia!! Jangan sampai kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi. Persiapkan diri kita dalam menghadapi setiap exam yang bakal kita tempuhi terutamanya exam kehidupan sebenar untuk kita kembali kepada Allah kerana kita tidak tahu bila masa exam kehidupan ini akan diberhentikan, mungkin tahun depan, atau bulan depan atau mungkin esok atau mungkin sebentar lagi.. Allahu'alam... semoga rahmat Allah sentiasa menaungi kita agar result exam kita nanti mendapat ganjaran syurga Allah.. -Aku Musafir Iman.

No comments:

Post a Comment