Powered by Blogger.
RSS

Islamic Widget

Sunday, March 20, 2011

Saya Melihat Ianya Satu Dakwah.



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


       Alhamdhulillah Syukur kehadrat Allah SWT yang masih meminjamkan dunia ini kepada makhluknya untuk terus berubudiah kepadaNYA. Jari jemari ini sekali lagi terpanggil untuk menulis sesuatu di ruangan ini. Hari ini, saya berhajat nak mencari satu buku yang boleh dijadikan bahan bacaan untuk bulan ini. Tapi, fikiran ini melencong jauh dan membatalkan niat nak pergi ke kedai buku. Saya singgah di satu tempat di mana ramai pengunjung datang untuk mengambil kesempatan mengunjungi setiap pameran dan jualan yang diadakan terutamanya golongan pelajar lepasan SPM dan STPM. Program yang dianjurkan oleh pihak MARA ini mendapat sambutan yang baik kerana banyak Institut Pengajian Tinggi mengambil bahagian dalam mempromosikan dan membuat pemasaran mengenai IPT itu sendiri termasuk KOLEJ TEKNOLOGI DARULNAIM tempat saya belajar. Masing-masing menawarkan kelebihan yang ada di setiap IPT.. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mendapatkan maklumat sebanyak mungkin dari setiap booth IPT yang saya kunjungi... hampir semua booth IPT yang saya kunjungi mempromosikan kelebihan IPT mereka dari sudut infrastruktur, pinjaman dan lain-lain lagi... Hati kecil ini berbisik di dalam hati, mengatakan KTD is the best in the world. 

          Saya tertarik dengan cara seorang staf KTD yang membuat marketing pada hari itu.. Dia begitu yakin dalam menjelaskan keistimewaan yang ada di KTD ini.. Tanpa ada keraguaan di raut wajahnya, dia memperkenalkan "Program Pembangunan Sahsiah Terpuji" (PESAT) yang dijalankan di KTD kepada pelajar-pelajar mahupun ibu bapa yang hadir sama dalam memeriahkan program ini. YA... "PESAT"..... PESAT inilah yang sentiasa mendorong hati ini dan hati sahabat-sahabat lain untuk terus berjuang membawa seramai mungkin pelajar dari Sabah dan Sarawak merentasi laut china selatan untuk menuntut ilmu di KTD. Wahai sahabat-sahabat sekalian, kami bukan staf di KTD, kami bukan pegawai marketing yang diamanahkan untuk membawa pelajar masuk ke KTD, kami hanya seorang insan yang mendapat tarbiyah di KTD, dan kami yakin dengan tarbiyah yang ada di KTD. Kami yakin, sistem pembelajaran dan pengurusan yang ada di KTD ini boleh mencorak kehidupan seseorang itu ke arah yang lebih bertamadun, bukan saja dari sudut ilmiah yang bakal mereka miliki tapi juga dari sudut pembangunan akhlak yang terpuji disisi ALLAH.

          Jauh di sudut hati ini dan sahabat-sahabat yang ada di Sabah, mempunyai kepentingan peribadi dalam melaksanakan kerja ini. Kami tidak melihat kerja ini satu tugas marketing, Tapi kami melihat ianya SATU DAKWAH dan wajib ke atas kami untuk memikul tanggungjawab ini. Kerana kepentingan kami hanya ada pada ALLAH, dan kami yakin kerja-kerja ini sangat besar impaknya kepada generasi akan datang. Walaupun mereka tidak pernah mengatakannya, tapi saya yakin, sepanjang keberadaan saya bersama mereka, mereka tidak pernah mengeluh melakukan kerja-kerja ini, mereka tidak pernah memperlihatkan rasa keletihan. Bahkan merekalah yang menjadi pembakar semangat kami generasi muda untuk terus berjuang dijalanNYA. Maaf, penulisan ini bukan nak membezakan atau menyinggung mana-mana pihak.. Tapi coretan ini nak memberitahu kepada sahabat-sahabat lain, bahawa ini adalah kerja amal jamai' yang perlu kita pikul bersama. Kerja yang perlu kita yakini hasanah akhiratnya kelak.

       Sedih bila dapat tahu, ada sahabat yang tidak yakin dengan kemampuan yang ada pada KTD untuk membina generasi pewaris yang unggul. Benarlah apa yang dikatakan oleh seorang ustaz kepada saya, "sifat TAHU tidak sama dengan sifat FAHAM" dan ini berlaku pada diri kita. Kita tahu KTD ini sebuah institusi yang mampu mengorak langkah ke satu tahap yang lebih baik dari institusi-institusi lain. Tapi mengapa kita berdiam diri? mengapa kita tidak bangunkan hati kita untuk sama-sama hadir memperkenalkan KTD di mata dunia? Jawapan saya mudah saja...... sebab kita tidak FAHAM..... dan kefahaman itu perlu disusuli dengan KESEDARAN dan kesedaran itu perlu dilengkapi dengan TINDAKAN.- Aku Musafir Iman..

2 comments:

SaRahAmiR said...

seronok...diri ditarbiyah dgn didkn islam..dperingatkan pabila lupa..sronok..!! sy rindu akan bai'ah sebegitu..

aku musafir iman said...

jom masuk KTD... :)

Post a Comment