Powered by Blogger.
RSS

Islamic Widget

Monday, June 6, 2011

Bicara Hati...

Assalamualikum...  (buat adik-adikku yang menuntut di KTD)



       Adakalanya kamu tidak suka tapi baik bagi kamu.... maaf mungkin tulisan ini sedikit menyentuh hati adik-adik, tapi inilah luahan hati atau bicara hati yang ingin saya kongsikan sebagai seorang abang yang merasakan punya tanggungjawab untuk menjaga kebajikan kamu.. Tangan dan jari-jari ini agak menggeletar sedikit, seolah-olah nak menggambarkan susahnya bicara hati ini nak diterjemahkan... Mungkin disebabkan emosi semalam yang masih terasa hingga ke hari ini.... mungkin juga tangisan hati semalam yang tidak dapat disembunyikan hingga ke hari ini... dan........................ mungkin juga disebabkan diri ini yang terlalu takutkan dengan azab Allah, menyebabkan setiap jari-jari ini sedikit lemah dan kaku untuk menekan huruf demi huruf di atas keyboard ini.
        Kenapa mesti hati dan perasaan ini yang menjadi mangsa tindakan kamu walaupun tidak diminta untuk merasakannya?? kenapa mesti diri ini yang menjadi bahan untuk diperlekeh dan disusahkan?? kenapa mesti fikiran ini yang menjadi tempat untuk memikirkan perlakuan dan masalah kamu?? kenapa? agak-agak, kenapa wahai adik-adikku? Bisakah seorang di antara kamu memberitahu abang... kenapa mesti diri ini? Mungkin ada di antara kamu yang mengatakan sebab abang ni ada jawatan dan tanggungjawab, dan mungkin ada juga di antara kamu ingin mengatakan  sebab abang ni suka menyibukkan diri untuk ambil tahu hal kami...
         Betul adik-adikku.. kalau itulah yang kamu fikirkan atau itu persepsi kamu terhadap abang atau pun  sebaliknya... semua itu juga betul. Itu hak kamu untuk berbicara.. TAPI, bukan disebabkan jawatan atau tanggungjawab yang menyebabkan abang menyibukkan diri untuk mengambil tahu setiap apa yang kamu lakukan.. Tapi atas dasar persaudaraan , saudara kamu yang sama-sama bermusafir jauh dari tempat kita dilahirkan... jauh dari keluarga tersayang. semata-mata ingin menuntut ilmu, dan mendapat tarbiyah islamiyah.. Sedikit pun, tidak pernah terlintas di fikiran dan hati abang ingin di sanjung dan dihormati. lebih-lebih lagi ingin  diberi pujian. Apa yang abang harapkan adik-adik dapat perbaiki diri.. dan menjadi insan yang dibanggakan oleh keluarga dan masyarakat.. 
         Tapi adik-adikku, kenapa kamu tidak dapat merasakan diri kamu itu adalah harapan setiap orang... harapan mak ayah dan keluarga.. kamu sering leka dengan dunia ini.. merasakan keseronokan di dunia ini akan berpanjangan dan kekal selama-lamaya.. Seolah-olah tindakan yang kamu lakukan itu semuanya benar kerana ingin turuti kehendak nafsu yang tidak pernah puas dengan keseronokan dunia.. Kamu tahu tindakan kamu akan menyusahkan orang lain, kamu tahu perbuatan yang kamu lakukan mengakibatkan persengketaan.. kamu tahu semua itu! tapi kenapa ? kenapa kamu lakukan? Memang benar kalau adik katakan sukar untuk berubah kerana dah terbiasa dengan kehidupan lampau, kehidupan lampau itu dah sebati dalam diri adik-adik.. Tapi abang nak tanya adik-adik.... sampai bila adik nak macam ini? sampai bila adik nak terus menjadi bahan perbualan orang lain? sampai bila adik nak terus bergelumang dengan dosa?.
           Kalau diri abang ini yang adik nak susahkan, kalau diri ini juga yang adik nak letakkan segala masalah dan bebanan.. Abang tak kisah, memang ini kerja-kerja abang... sedikit pun abang tidak akan berundur dari jalan ini. Tapi satu benda adik kena ingat, abang tidak akan merasakan sedikit kerugian tenaga mahupun wang ringgit.. kerana abang yakin tindakan abang ini, adalah jalan untuk abang lepas dari persoalan di akhirat kelak. Adik perlu fikir...  FIKIR masa depan adik-adik, FIKIR keadaan keluarga adik, FIKIR insan-insan yang menaruh harapan yang tinggi kepada adik-adik.... dan yang paling penting... FIKIR keadaan raut wajah dan hati seorang mak dan ayah apabila mengetahui keadaan adik yang penuh dengan masalah dan meranapkan harapan mereka..- Aku Musafir Iman